BANTUAN RM200 DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN RM200 DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 melalui penyaluran MyKad kini di perluas ke Sabah dan Sarawak dengan peningkatan kadar bantuan sehingga RM200 sebulan bagi memastikan golongan memerlukan menerima bantuan yang sewajarnya dalam memenuhi keperluan asas mereka.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan rm200 dalam ic 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYSARA 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

PENERIMA BANTUAN RM200 DALAM IC 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

PENERIMA SEDIA ADA
(0.7 JUTA PENERIMA)
PENERIMA BAHARU
(4.7 JUTA PENERIMA)
Berstatus Miskin/Miskin eKasih
dalam rekod data eKasih
Bukan eKasih
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Kategori
Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan
Kategori
Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

MANFAAT BANTUAN RM200 DALAM IC

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih adalah secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima adalah untuk membolehkan membeli barangan keperluan asas berlabel SARA MyKasih di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).

CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 200 DALAM IC 2025

Semakan bantuan boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan; dan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

KATEGORI BARANGAN ASAS DENGAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN IC

Berikut merupakan kategori barangan berlabel SARA MyKasih yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah

KADAR BULANAN BANTUAN DISALURKAN DALAM IC PENERIMA

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

PENERIMA SARA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
PENERIMA SARA SEDIA ADA
(LULUS STR & STR EKASIH)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS MENGGUNAKAN IC

Barangan keperluan asas boleh didapati di kedai runcit dengan pembayaran menggunakan MyKad seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  2. Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  3. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad.
  4. Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SENARAI KEDAI LULUS PEMBELIAN MENGGUNAKAN IC

Terdapat lebih 1,200 kedai dan pasaraya terpilih Bantuan MyKasih di seluruh Malaysia termasuk Mydin / Giant / Econsave / The Store / Pacific / Milimewa / 99 Speedmart / Lotus Stores (Tesco) / Lulu Supermarket /Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

CHECK BAKI BANTUAN RM200 DALAM IC 2025

Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:

  • Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
  • Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
  • Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment