SEMAKAN SARA MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA
Untuk makluman anda, SARA MyKasih ini telah dilaksanakan dari tahun 2023 lagi. Namun kelayakan penerima bantuan telah ditambah baik dimana penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 juga turut berpeluang untuk menerima bantuan ini. Tidak seperti sebelum ini ianya hanya kepada golongan Miskin Tegar eKasih sahaja.
Untuk mengetahui jika anda layak menerima bantuan ini, semakan perlu dilakukan dan boleh dilakukan di atas talian.
Bagaimanakah semakan mykasih RM100 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CEK PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
APA ITU BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan keperluan barangan asas di bawah program MyKasih. Bantuan ini merupakan bantuan tambahan untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, pakaian.
Pengagihan wang bantuan adalah secara TANPA TUNAI, dimana wang akan dimasukkan kedalam MyKad penerima bantuan, dan akan digunakan oleh penerima bantuan untuk transaksi pembayaran bagi pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit yang berdafatr MyKasih.
Inisiatif bantuan ini akan disalurkan setiap bulan kedalam MyKad penerima bantuan yang berstatus lulus, dan kadar bayaran yang akan dikreditkan adalah mengikut kategori kelayakan masing-masing.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN SARA MYKASIH RM100 2025
Status kelayakan bantuan dan bayaran boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PANDUAN SEMAKAN SARA MYKASIH 2025 DI PORTAL MYSTR
Semakan status permohonan dan bayaran di portal MySTR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
PANDUAN SEMAKAN SARA MYKASIH 2025 DI PORTAL SARA
Semakan status permohonan dan bayaran di portal MyKasih seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan yang akan disalurkan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 ) |
|---|---|---|
| Isi rumah | RM 2100 (Sebulan RM 100 & RM200) | RM 900 (RM 100 Sebulan) |
| Warga emas tiada pasangan | RM 1650 (Sebulan RM 100 & RM150) | RM 450 (RM 50 Sebulan) |
| Bujang | RM 600 (Sebulan RM 50) | – |
TARIKH PENGKREDITKAN BANTUAN
Bagi kategori penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, bayaran akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Manakala penerima BUKAN Miskin dan Miskin Tegar (Penerima STR 2025), bayaran dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
Kenapa saya cuba semak tak boleh.sila bantu sy
Kenapa cek xdapat.. my kasih 2025.
Kenapa saya cek tak dapat my kasih 2025
Cek my status