CEK BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

CEK BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Rakyat dewasa Malaysia yang layak menerima Bantuan SARA yang terbaru adalah direkodkan seramai 5.4 juta melibatkan golongan Isi Rumah, Bujang serta Warga Emas tiada pasangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanakah cara cek Bantuan SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 / RM100 SETIAP BULAN)

CARA KREDIT BANTUAN SARA 2025

Cara pengkreditan Bantuan SARA kepada semua penerima adalah seperti berikut :

NEGERI PENERIMACARA PENERIMAAN KREDIT
Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor,
Pahang, Kelantan, Terengganu,
Johor, Negeri Sembilan, Melaka,
Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang,
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan
Bantuan SARA dikreditkan secara ansur
setiap bulan tanpa tunai (cashless)
melalui akaun kad pengenalan penerima
khas untuk pembelian barangan
keperluan asas.

TARIKH KREDIT BANTUAN SARA 2025

Pengkreditan Bantuan SARA yang terbaru adalah pada tarikh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH KREDIT TERBARU
Penerima Sedia Ada1 April 2025, Selasa
Penerima Baharu1 April 2025, Selasa

KADAR BANTUAN SARA 2025

Bermula 1 April 2025, Bantuan SARA dikreditkan mengikut kadar yang ditetapkan kepada setiap penerima seperti berikut :

KADAR KREDIT BANTUAN SARA
PENERIMA SEDIA ADA
KADAR KREDIT BANTUAN SARA
PENERIMA BAHARU
Isi Rumah : RM200Isi Rumah : RM100
Bujang : RM50Bujang : –
Warga Emas : RM150Warga Emas : RM50

CEK BANTUAN SARA 2025

Ikuti cara cek status kelayakan penerima Bantuan SARA seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CEK BAKI BANTUAN SARA 2025

Baki Bantuan SARA boleh dicek melalui aplikasi MyKasih mengikut panduan berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment