BILA MASUK SYUKUR SABAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM900
Kerajaan Negeri Sabah berharap agar Bantuan SYUKUR akan menjadi sebuah inisiatif yang menjadi satu gerakan berterusan yang membawa impak positif kepada masyarakat selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat di Negeri Sabah.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran masuk SYUKUR Sabah Fasa 2? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM900
BILA MASUK SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa kedua (2) pada bulan berikut :
- Bayaran secara kredit dalam akaun bank : April 2025.
- Bayaran secara tunai bagi penerima tiada akaun : April – Mei 2025.
- Penerima baharu bukan e-Kasih : Mei 2025.
*Nota : Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada penerima yang layak.
JENIS PENERIMAAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Penerimaan Bantuan SYUKUR Sabah Fasa dua (2) adalah bergantung kepada penerima seperti berikut :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima;
- Secara tunai kepada penerima tiada akaun bank;
- Melalui e-Wallet YONO Superapps.
JUMLAH MASUK SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Walaupun Bantuan SYUKUR Sabah dikira sebanyak RM300 setiap bulan, namun kerajaan akan menyalurkannya secara ‘lump sum’ (sekaligus) selama tiga (3) bulan bagi fasa kedua sebanyak jumlah berikut :
- RM300 (April) + RM300 (Mei) + RM300 (Jun) = RM900 sekaligus kepada setiap penerima yang layak.
SYARAT PENERIMA SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Penerima Bantuan SYUKUR Sabah Fasa dua (2) dipilih berdasarkan syarat-syarat berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Merupakan pemegang kad pengenalan (Status H9);
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah lebih 1 tahun; dan
- Ketua isi rumah (KIR) miskin atau miskin tegar tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih setakat 31 Disember 2024.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah fasa kedua (2), semakan boleh dilakukan melalui laman web rasmi berikut :
- Laman Web Rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my.
- Sila layari laman web rasmi SYUKUR Sabah; klik pautan di atas.
- Halaman utama laman web rasmi SYUKUR akan dipaparkan.
- Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
- Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://syukur.sabah.gov.my.