SEMAKAN MYKASIH ONLINE LOGIN : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 / RM100 SETIAP BULAN)
Supaya rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan mendapat bantuan berterusan sepanjang tahun, Kerajaan melaksanakan inisiatif Bantuan MyKasih secara ansur berperingkat setiap bulan selama tempoh 9 hingga ke 12 bulan.
Bagaimanakah semakan MyKasih secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK STATUS BANTUAN MYKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
JUMLAH PENERIMA MYKASIH 2025
Pendekatan Kerajaan MADANI dalam usaha membantu lebih ramai rakyat Malaysia adalah dengan menambah jumlah penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih) daripada 700,000 penerima kepada 5.4 juta penerima yang layak bagi sepanjang tahun 2025 ini.
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|
Seramai 700,000 individu | Seramai 4.7 juta individu |
Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas (Tiada Pasangan) | Isi Rumah dan Warga Emas (Tiada Pasangan) |
PAUTAN SEMAKAN MYKASIH LOGIN
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi MyKasih yang boleh diakses untuk semakan status :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MyKasih | https://mykasih.com.my |
SEMAKAN MYKASIH ONLINE LOGIN
Ikuti cara login MyKasih untuk semakan status kelayakan penerima secara online seperti berikut :
- Sila layari puatan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI MYKASIH ONLINE
Baki Bantuan MyKasih di dalam MyKad penerima boleh disemak secara online melalui aplikasi MyKasih. Ikuti cara semakan baki seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH PELAKSANAAN MYKASIH 2025
Pelaksanaan Bantuan MyKasih adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh berikut :
TARIKH PELAKSANAAN MYKASIH (PENERIMA SEDIA ADA) | TARIKH PELAKSANAAN MYKASIH (PENERIMA BAHARU) |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
- Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Isi Rumah | RM100 / RM200 setiap bulan |
Warga Emas | RM100 / RM150 setiap bulan |
Bujang | RM50 setiap bulan |
- Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Isi Rumah | RM100 setiap bulan |
Warga Emas | RM50 setiap bulan |
Bujang | – |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.