SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Kerajaan terus berusaha menyediakan bantuan kepada rakyat yang memerlukan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang membolehkan penerima menerima manfaat dalam bentuk barangan keperluan asas sebagai bantuan tambahan kepada STR.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima sumbangan asas rahmah 2025 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih
  3. Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 ONLINE

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  8. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  9. Selesai.

AMAUAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH TERBARU 2025

Jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak seperti berikut:

PENERIMA SARA BAHARU
(PENERIMA STR BUKAN EKASIH)
PENERIMA SARA SEDIA ADA
(PENERIMA STR BERSTATUS EKASIH)
Isi Rumah

RM100/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah

RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan

RM50/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan

RM150/bulan (bermula April – Disember)
Bujang

RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

CARA DUIT BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 DISALURKAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima untuk penerima membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk berlabel SARA MyKasih dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).

CONTOH BARANGAN ASAS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Berikut merupakan kategori barangan asas yang berlabel SARA MyKasih yang boleh dibayar menggunakan MyKad:

KATEGORI BARANGANCONTOH BARANGAN
Barangan persekolahanAlat Tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
Makanan AsasBeras / Roti / Telur / Minyak masak/ Tepung dan banyak lagi
Produk KebersihanSabun Mandian / Ubat Gigi dan sebagainya
Ubat-ubatanPanadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi

CARA BELI BARANGAN ASAS SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment