BANTUAN MYKASIH 2025 SEMAK STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYKASIH 2025 SEMAK STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Premis kedai serta pasaraya yang menerima penggunaan Bantuan MyKasih untuk pembelian barangan keperluan asas juga bertambah sehingga 1,200 di seluruh Malaysia termasuk di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bagaimanakah Bantuan MyKasih semak status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK MYKASIH SARA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025 STATUS LULUS

Pada tahun 2025, Kerajaan MADANI telah meluaskan jumlah penerima Bantuan MyKasih yang berstatus ‘Lulus’ kepada seramai lebih 5.4 juta ketimbang pada tahun lalu hanya diberikan kepada seramai 700,000 ribu sahaja.

Berikut merupakan syarat lulus Bantuan MyKasih :

  • Penerima STR dan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah;
      • Bujang; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima STR Bukan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan.

BANTUAN MYKASIH 2025 SEMAK STATUS

Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih seperti berikut :

  • Panduan Semak Status Di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
    7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    10. Selesai.

Semakan status juga boleh dilakukan melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  • Panduan Semak Status Di Aplikasi MyKasih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
    2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
    3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
    4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
    5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
    6. Klik pada butang [Next] di bawah.
    7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025 MENGIKUT STATUS

Bantuan MyKasih disalurkan kepada penerima mengikut status yang diluluskan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BANTUAN MYKASIH
2025
Isi Rumah STR dan e-KasihRM2,100 setahun
Isi Rumah STR Bukan e-KasihRM900 setahun
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASJUMLAH BANTUAN MYKASIH
2025
Warga Emas STR dan e-KasihRM1,650 setahun
Warga Emas STR Bukan e-KasihRM450 setahun
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BANTUAN MYKASIH
2025
Bujang STR dan e-KasihRM600 setahun

*NOTA : Jumlah Bantuan MyKasih di atas akan diberikan secara ansur setiap bulan.

JADUAL BANTUAN MYKASIH DISALURKAN 2025

Berikut merupakan jadual penyaluran Bantuan MyKasih kepada setiap penerima :

TARIKH PENYALURAN
BANTUAN MYKASIH
(PENERIMA STR DAN E-KASIH)
TARIKH PENYALURAN
BANTUAN MYKASIH
(PENERIMA STR BUKAN E-KASIH)
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment