BANTUAN IC RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Penysaran semula subsidi membolehkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 turut disalurkan kepada individu bukan kategori eKasih bermula April 2025 dengan kadar bayaran sebanyak RM100 sebulan melalui MyKad penerima.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima bantuan ic rm100 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH SEMAKAN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT LULUS BAYARAN BANTUAN RM100
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CARA SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN IC RM100 SECARA ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN DALAM IC
Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:
PENERIMA SARA MYKASIH TERBARU (BUKAN EKASIH) | PENERIMA SARA MYKASIH SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang – | Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
LIST BARANGAN LULUS PEMBAYARAN MENGGUNAKAN IC
Berikut merupakan kategori barangan asas yang berlabel SARA MyKasih yang boleh dibayar menggunakan MyKad:
KATEGORI BARANGAN | CONTOH BARANGAN |
---|---|
Barangan persekolahan | Alat Tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah / |
Makanan Asas | Beras / Roti / Telur / Minyak masak/ Tepung dan banyak lagi |
Produk Kebersihan | Sabun Mandian / Ubat Gigi dan sebagainya |
Ubat-ubatan | Panadol / Ubat batuk dan lain-lain |
CARA BELI BARANGAN ASAS MENGGUNAKAN IC
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Bantuan boleh meningkatkan harga barang. Bagi yang tidak mendapatkan bantuan akan terkesan. Ada yang layak tidak dapat bantuan. Seperti orang yg tidak tahu tentang bantuan ini.