BARANGAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SENARAI KELAYAKAN BARANG & CARA BAYAR GUNA MYKAD
Sebahagian daripada 5.4 juta penerima yang menerima pengkreditan Bantuan MyKasih melalui MyKad telah mula menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.
Bagaimanakah cara bayar barangan Bantuan MyKasih guna MyKad? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
SENARAI BARANGAN BANTUAN MYKASIH 2025
Terdapat 13 kategori barangan Bantuan MyKasih yang dibenarkan untuk bayaran menggunakan MyKad. Antara barangannya ialah :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
*Pembelian barangan di atas hendaklah tidak melebihi kadar bantuan yang disalurkan dalam MyKad penerima.
CARA BAYAR BARANGAN BANTUAN MYKASIH GUNA MYKAD 2025
Berikut merupakan panduan lengkap cara bayar barangan Bantuan MyKasih dengan menggunakan MyKad :
- Kunjungi kedai terpilih MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga (Seperti senarai di atas).
- Di kaunter bayaran, tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN MYKASIH 2025
Terdapat lebih 1,200 kedai dan pasaraya terpilih Bantuan MyKasih di seluruh Malaysia. Antaranya ialah :
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- Milimewa.
- 99 Speedmart.
- Lotus Stores (Tesco).
- Lulu Supermarket.
- Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
(Rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini).
JUMLAH BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Setiap penerima yang layak akan menerima jumlah Bantuan MyKasih yang berbeza dalam MyKad seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYKASIH SESI 1 (JANUARI – MAC) | JUMLAH BANTUAN MYKASIH SESI 2 (APRIL – DISEMBER) |
---|---|---|
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM100 setiap bulan | RM200 setiap bulan |
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM100 setiap bulan | RM150 setiap bulan |
Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM50 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin | – | RM100 setiap bulan |
Warga Emas Asas Bukan Miskin | – | RM50 setiap bulan |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Semakan status kelayakan
semakan status kelayakan