BANTUAN EKASIH 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN EKASIH 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Seramai 0.7 Juta penerima kategori eKasih disahkan layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 dengan peningkatan bayaran sehingga 75% membolehkan kategori isi rumah menerima bayaran sehingga RM200 sebulan bermula April 2025.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan ekasih 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: CARA SEMAK SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT LULUS SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA EKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

CARA MOHON BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH 2025

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan secara automatik kepada penerima yang LULUS Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang BERSTATUS eKasih.

Berikut merupakan langkah-langkah LULUS bantuan SARA bagi Kategori eKasih:

  1. Berdaftar di Sistem eKasih (Bagi kategori Miskin dan Miskin Tegar) di https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Setelah LULUS eKasih, individu perlu mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  3. Kemudian, apabila LULUS dan menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan secara automatik akan disalurkan ke dalam MyKad penerima.

CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK BAYARAN SARA EKASIH 2025

Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Pembayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

KEGUNAAN DUIT BANTUAN SARA EKASIH 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih adalah secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima adalah untuk membolehkan membeli barangan keperluan asas berlabel SARA MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).

JADUAL PEMBAYARAN SARA EKASIH DALAM MYKAD 2025

Penyaluran duit bantuan adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Setiap Bulan
Bermula JANUARI hingga DISEMBER
(Selama 12 Bulan)

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih seperti berikut:

PENERIMA STR 2025
(BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH)
JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN
(RM)
AMAUN BULANAN
(RM)
Isi RumahRM 2,100RM100/bulan
(bermula Januari – Mac)

RM200/bulan
(bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 1,650RM100/bulan
(bermula Januari – Mac)

RM150/bulan
(bermula April – Disember)
BujangRM 600RM50/bulan
(bermula Januari – Disember)

CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  3. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  4. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN JUMLAH BAKI DALAM MYKAD

Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:

  • Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
  • Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
  • Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.

Aplikasi Touch ‘N Go Ewallet:

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik pada ikon [TNG Card].
  4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
  6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
  7. Klik pada butang [Submit].
  8. Status dan baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  9. Selesai.

Mesin Kiosk Touch ‘N Go:

  1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
  2. Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
  3. Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  4. Selesai.

Mesin Tambah Nilai Di Stesen Minyak Atau Kedai Serbaneka:

  1. Kunjungi Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
  2. Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
  3. Juruwang akan menyemak baki dalam MyKad.
  4. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

1 thought on “BANTUAN EKASIH 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment