SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk memenuhi keperluan asas bulanan rakyat ditambah baik dimana seramai hampir 9 juta penerima akan layak menerima manfaat daripada bantuan ini pada tahun 2026.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima sumbangan asas rahmah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYKASIH SARA 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Semak Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman utama Portal SARA akan dipaparkan.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semak Status di Portal MySTR :
- Layari Portal mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik (Semak Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
- Penerima Berstatus eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 | RM200/bulan (bermula Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 | RM150/bulan (bermula April – Disember) |
| Bujang | RM1,200 | RM100/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Penerima Berstatus eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM1,200 | RM100/bulan (bermula Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
| Bujang | RM600 | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
CONTOH BARANGAN ASAS
Berikut merupakan contoh barangan yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah :
| KATEGORI BARANGAN | CONTOH BARANGAN |
|---|---|
| Produk Kebersihan | Sabun Mandian / Ubat Gigi dan sebagainya |
| Barangan Kebersihan Rumah | Sabun Pencuci Lantai |
| Makanan Sejuk Beku | Ayam Beku |
| Makanan Asas | Beras / Roti / Telur / Minyak masak/ Tepung dan banyak lagi |
| Ubat-ubatan | Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi |
| Barangan Persekolahan | Alat Tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah / |
CARA BELI BARANGAN ASAS
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut :
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026