CEK STATUS MYKASIH 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam bentuk barangan keperluan asas ditambah baik pada tahun 2026 bagi memastikan keperluan asas harian golongan yang memerlukan dipenuhi serta mereka menerima bantuan yang sewajarnya.
Bagaimanakah cek status layak atau tidak mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH
Syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih 2026 ialah :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
CARA PENGKREDITAN MYKASIH
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.
CEK JUMLAH KELAYAKAN MYKASIH
Kadar kelayakan bayaran Bantuan MyKasih 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
CEK STATUS MYKASIH ONLINE
Panduan lengkap semakan status kelayakan penerima MyKasih 2026 secara online :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Kemudian, tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Seterusnya, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
CARA BELI BARANGAN MYKASIH
Panduan lengkap cara beli barangan asas MyKasih menggunakan MyKad :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.
SENARAI BARANG ASAS MYKASIH
Berikut merupakan antara barangan dapur yang berlabel MyKasih yang boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :
| KATEGORI BARANGAN ASAS | CONTOH JENAMA DILULUSKAN |
|---|---|
| Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey |
| Bahan perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta |
| Makanan dalam tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup |
| Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf |
| Mee segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap |
| Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng |
| Minyak Masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit |
| Produk Kebersihan | Colgate / Kotex / Detol |
| Ubat-ubatan | Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar |
| Barangan Sekolah | Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih |
| Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya |
| Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White |
| Telur | Nutriplus / QL eggs / CP |
| Barangan Kebersihan Rumah | Breeze / Daia / Dettol Pencuci / Sabun Pencuci Lantai |
| Makanan Sejuk Beku | Ayam Beku / Nugget / Makanan Laut Beku |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026
Nak cek layak ke tidak terima my kasih
Nak cek layak ke tidak terima mykasih
Cek status ekasih
Cek status layak ke tidak
Jika tidak guna bantuan untuk bulan ini,adakah bantuan tu akan dibawake bulan hadapan?atau pun bantuan itu lesap?