BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Lanjutan Bantuan Sara Rahmah pada tahun 2025 telah dipersetujui oleh Kerajaan MADANI yang juga telah memperkenalkannya sebagai bentuk bantuan tambahan kepada rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) bagi sepanjang tahun 2025 ini.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Sara Rahmah? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH

Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Sara Rahmah terbahagi kepada dua (2), iaitu :

  • Penerima Sara Daftar e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima Sara Bukan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

KAEDAH BANTUAN SARA RAHMAH DISALURKAN

Pihak Kerajaan MADANI telah menyelaraskan kaedah penyeluran Bantuan Sara Rahmah iaitu secara tanpa tunai melalui kad pengenalan kepada semua penerima seluruh Malaysia termasuk penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan agar kesemua penerima dapat menerima bantuan dengan mudah setiap bulan.

JUMLAH BANTUAN SARA RAHMAH DISALURKAN 2025

Jumlah Bantuan Sara Rahmah yang disalurkan kepada setiap kategori adalah berlainan untuk setiap bulan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
BIL.KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BANTUAN
1.Isi Rumah Daftar e-KasihRM100 / RM200 setiap bulan
2.Isi Rumah Bukan e-KasihRM100 setiap bulan
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
BIL.KELAYAKAN WARGA EMASJUMLAH BANTUAN
1.Warga Emas Daftar e-KasihRM100 / RM150 setiap bulan
2.Warga Emas Bukan e-KasihRM50 setiap bulan
  • Kategori Bujang :
BIL.KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BANTUAN
1.Bujang Daftar e-KasihRM50 setiap bulan
2.Bujang Bukan e-Kasih

TARIKH & TEMPOH BANTUAN SARA RAHMAH DISALURKAN

Berikut merupakan tarikh dan tempoh selama Bantuan Sara Rahmah disalurkan kepada penerima yang layak :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH PENYALURANTARIKH BANTUAN
DISALURKAN
Penerima Sara Daftar e-KasihSelama 12 bulanBermula :
15 Januari 2025
Sehingga :
1 Disember 2025
Penerima Sara Bukan e-KasihSelama 9 bulanBermula :
1 April 2025
Sehingga :
1 Disember 2025

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Untuk mengetahui status kelayakan anda sama ada ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ menerima Bantuan Sara Rahmah, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Bantuan Sara Rahmah (MyKasih)https://mykasih.com.my
  1. Sila layari laman Portal Rasmi Bantuan Sara Rahmah; atau klik pautan di atas.
  2. Halaman utama laman Portal Rasmi Bantuan Sara Rahmah (MyKasih) akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama, klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-) contoh : 761123012345.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

Leave a Comment