SEMAKAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Perluasan bilangan penerima serta pertambahan nilai peruntukan Bantuan MyKasih SARA adalah merupakan hasil daripada kerja keras kerajaan dalam menyasarkan semula subsidi. Dengan adanya inisiatif Bantuan MyKasih SARA dapat membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat.
Bagaimanakah semakan MyKasih SARA? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN SARA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
SEMAKAN MYKASIH SARA 2025
Terdapat dua (2) cara semakan MyKasih SARA, iaitu :
- Semakan melalui Portal Rasmi MyKasih; atau
- Semakan melalui Aplikasi MyKasih.
Ikuti kedua-dua panduan semakan di bawah :
- Panduan Semakan Di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
BILANGAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025
Rakyat yang layak menerima Bantuan MyKasih SARA adalah seramai berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | BILANGAN |
---|---|
Miskin & Miskin Tegar (Daftar STR dan e-Kasih) | 700,000 ribu penerima |
Asas Bukan Miskin (Daftar STR sahaja) | 4.7 juta penerima |
TARIKH PELAKSANAAN MYKASIH SARA 2025
Setiap penerima akan menerima pengkreditan Bantuan MyKasih SARA pada tarikh yang berbeza seperti jadual berikut :
TARIKH PELAKSANAAN PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | TARIKH PELAKSANAAN PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
JUMLAH BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Berikut merupakan jumlah Bantuan MyKasih SARA yang disalurkan kepada setiap penerima bagi sepanjang tahun 2025 :
SESI PELAKSANAAN | PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
Sesi 1 : Januari – Mac | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan | – |
Sesi 2 : April – Disember | Isi Rumah : RM200 sebulan Warga Emas : RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan Bujang : – |
TEMPOH PELAKSANAAN MYKASIH SARA 2025
Pelaksanaan Bantuan MyKasih SARA antara tempoh 9 hingga ke 12 bulan (tertakluk kelayakan) seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PELAKSANAAN MYKASIH SARA |
---|---|
Miskin dan Miskin Tegar | Selama tempoh 12 bulan (Januari hingga Disember) |
Asas Bukan Miskin | Selama tempoh 9 bulan (April hingga Disember) |
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Bagi yang belum menggunakan Bantuan MyKasih SARA, ikuti panduan cara guna seperti berikut :
- Kunjungi kedai / pasaraya terpilih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SENARAI BARANGAN MYKASIH SARA 2025
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
hi
My kasih sy layak x