SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Menurut Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) peningkatan peruntukan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA kepada RM13 bilion pada tahun 2025 membolehkan semua penerima STR Kategori Isi rumah dan Warga Emas tanpa Pasangan (Bukan eKasih) turut menerima SARA sebagai bantuan tambahan bermula April 2025.
Bagaimanakah semakan status penerima sumbangan asas rahmah 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT LULUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
ndividu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
AMAUN DUIT SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak seperti berikut:
- Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025 (BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH) | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM 2,100 | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM 600 | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025 (BUKAN EKASIH) | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM 900 | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
SENARAI BARANGAN ASAS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Berikut merupakan antara barangan dapur yang berlabel MyKasih yang boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :
KATEGORI BARANG KEPERLUAN ASAS | CONTOH JENAMA DILULUSKAN |
---|---|
Produk Kebersihan | Colgate / Kotex / Detol |
Ubat-ubatan | Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar |
Barangan Sekolah | Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih |
Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya |
Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White |
Telur | Nutriplus / QL eggs / CP |
Minyak Masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit |
Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey |
Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng |
Mee segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap |
Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf |
Makanan dalam tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup |
Bahan perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta |
CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Ibu tunggal