BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)
Pendekatan Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan (IC) penerima adalah untuk memastikan golongan sasar menerima manfaatnya dalam bentuk barangan asas seperti bahan makanan asas, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan secara tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah Semakan Status Bantuan MyKasih Dalam IC? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH RM200 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025 SEMAKAN STATUS
Ikuti cara semakan status Bantuan MyKasih Dalam IC seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025
Bagi yang telah disahkan status ‘Layak’ ikuti cara mengetahui baki semasa Bantuan MyKasih Dalam IC seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam Apps Store / Google Play.
- Buka aplikasi MyKasih yang telah selesai dimuat turun.
- Masukkan nombor kad pengenalan (IC) anda / pasangan.
- Masukkan nombor telefon mengikut yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Klik pada butang [Log Masuk] / [Sign in].
- Akaun baki semasa dalam IC anda akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025
Hanya yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan MyKasih Dalam IC seperti berikut :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan Bantuan MyKasih Dalam IC.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjukkan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN IC.
- Bayaran menggunakan IC akan disahkan dan resit akan diberikan.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025
Kerajaan telah menetapkan jumlah pengkreditan Bantuan MyKasih kepada setiap kategori penerima seperti berikut :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM2,100 setahun;
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,650 setahun; dan
- Bujang : RM600 setahun.
- Penerima Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM900 setahun;
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM450 setahun.
*Nota : Bantuan MyKasih akan dikreditkan dalam IC penerima secara ansur berperingkat setiap bulan.
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025
Pengkreditan Bantuan MyKasih Dalam IC penerima adalah dijadualkan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | PENGKREDITAN SESI 1 15 JANUARI 2025 HINGGA 1 MAC 2025 | PENGKREDITAN SESI 2 1 APRIL 2025 HINGGA 1 DISEMBER 2025 |
---|---|---|
Penerima Miskin & Miskin Tegar | Isi Rumah : RM100 Warga Emas : RM100 Bujang : RM50 | Isi Rumah : RM200 Warga Emas : RM150 Bujang : RM50 |
Penerima Asas Bukan Miskin | – | Isi Rumah : RM100 Warga Emas : RM50 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
Bantuan asas Rahmah myr kasih