SEMAKAN MYKASIH 2025 RM200 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN MYKASIH 2025 RM200 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Kerajaan MADANI berharap dengan adanya Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang disalurkan secara bersasar setiap bulan sebanyak RM200 dapat meringankan bebanan sara hidup rakyat terutamanya golongan isi rumah yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima MyKasih RM200? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025 RM200

Bantuan SARA MyKasih yang berjumlah RM200 khas diberikan kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah;
  • Isi Rumah pendapatan bawah garis PGK semasa; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

TARIKH PENERIMAAN MYKASIH 2025 RM200

Penerimaan Bantuan SARA MyKasih yang berjumlah RM200 adalah mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH PENERIMAANJUMLAH BANTUAN
1.01/04/2025 (Selasa)RM200
2.01/05/2025 (Khamis)RM200
3.01/06/2025 (Ahad)RM200
4.01/07/2025 (Selasa)RM200
5.01/08/2025 (Jumaat)RM200
6.01/09/2025 (Isnin)RM200
7.01/10/2025 (Rabu)RM200
8.01/11/2025 (Sabtu)RM200
9.01/12/2025 (Isnin)RM200

CARA PENERIMAAN MYKASIH 2025 RM200

Setiap penerima yang disahkan ‘Layak’ akan menerima pengkreditan Bantuan SARA MyKasih secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (IC) dan penerima boleh menggunakan kad pengenalan (IC) untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia.

CARA BELI GUNA MYKASIH 2025 RM200

Bagi yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan SARA MyKasih RM200 setiap bulan dalam kad pengenalan (IC) seperti berikut :

  • Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan IC (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
  • Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjukkan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  • Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  • Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN IC.
  • Bayaran menggunakan IC akan disahkan dan resit akan diberikan.

SEMAKAN MYKASIH 2025 RM200

Ikuti panduan semakan MyKasih penerima Bantuan SARA RM200 seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

2 thoughts on “SEMAKAN MYKASIH 2025 RM200 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment