BANTUAN MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Perluasan penerima daripada 700,000 kepada 5.4 juta penerima baharu yang layak telah bermula pada 1 April 2025, Selasa lalu. Seramai 5.4 juta penerima sedia ada dan baharu telah mula menerima Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan menerusi Kad Pengenalan (MyKad).
Bagaimanakah Bantuan MyKasih semakan status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BARANGAN MYKASIH : SENARAI BARANG & CARA GUNA
SYARAT STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025
Syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih terbahagi kepada dua (2), iaitu :
- Penerima Daftar e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Penerima Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
AMAUN BANTUAN MYKASIH DISALURKAN 2025
Setiap penerima akan menerima amaun Bantuan MyKasih yang berbeza seperti berikut :
- Penerima Daftar e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN MYKASIH 2025 |
---|---|
Isi Rumah | RM2,100 setahun (RM100 / RM200 sebulan) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 setahun (RM100 / RM150 sebulan) |
Bujang | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
- Penerima Bukan e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN MYKASIH 2025 |
---|---|
Isi Rumah | RM900 setahun (RM100 sebulan) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 setahun (RM50 sebulan) |
*Nota : Bantuan MyKasih akan disalurkan secara ansur setiap bulan selama tempoh 9 hingga 12 bulan.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan MyKasih yang telah dijadualkan oleh Kerajaan MADANI :
PENERIMA DAFTAR EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
BANTUAN MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS
Status kelayakan penerima Bantuan MyKasih boleh disemak melalui :
- Pautan Portal Rasmi MyKasih / STR; atau
- Aplikasi MyKasih.
Ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Panduan Semakan Status Di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Status Di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
KEGUNAAN BANTUAN MYKASIH 2025
Semua pengeluaran dilakukan melalui penggunaan Mykad yang membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
hai
Hai