BANTUAN SUMBANGAN ASAS SARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Peruntukan untuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 telah dipertingkatkan dan bilangan penerima juga turut diperluaskan supaya lebih ramai rakyat Malaysia yang layak dapat menerima manfaat setiap bulan bagi sepanjang tahun ini.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan Sumbangan Asas? Ikuti panduan dan makumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH SEMAKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS SARA 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Asas bagi tempoh setahun :
- Penerima Sedia Ada :
- Isi Rumah : RM2,100 setahun;
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,650 setahun; dan
- Bujang : RM600 setahun.
- Penerima Baharu :
- Isi Rumah : RM900 setahun; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM450 setahun.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS SARA 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas (SARA) yang terbaru tahun ini adalah seperti tarikh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN SESI SATU (1) | TARIKH BAYARAN SESI DUA (2) |
---|---|---|
Penerima Sedia Ada | 15/01/2025 01/02/2025 01/03/2025 | 01/04/2025 01/05/2025 01/06/2025 01/07/2025 01/08/2025 01/09/2025 01/10/2025 01/11/2025 01/12/2025 |
Penerima Baharu | – | 01/04/2025 01/05/2025 01/06/2025 01/07/2025 01/08/2025 01/09/2025 01/10/2025 01/11/2025 01/12/2025 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS SARA 2025
Ikuti panduan semakan status penerima Bantuan Sumbangan Asas Sara seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS SARA 2025
Antara kegunaan Bantuan Sumbangan Asas yang disalurkan menerusi kad pengenalan penerima adalah untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut senarai berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.