SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
Terkini! Anda layak menerima bantuan sekali bayar SARA one off jika anda merupakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024. Semak kelayakan anda secara online disini.
Bagaimanakah semakan penerima bayaran sara rm300/rm150 2024? Ikuti maklumat lanjut disini.
Baca juga: CHECK STATUS BANTUAN SARA (2024 ONE OFF RM300/RM150)
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF (SARA)
SARA ONE OFF adalah bantuan tambahan dalam bentuk tunai yang disalurkan oleh Kerajaan Madani kepada penerima bantuan STR 2024. Bantuan one off ini berbeza daripada Sumbangan Asas Rahmah MyKasih sebelum ini kerana SARA MyKasih bayarannya dilakukan di dalam MyKad penerima, dan hanya terhad kepada golongan Miskin Tegar di dalam data eKasih.
Manakala, bantuan one off pula merupakan bantuan tambahan STR 2024 daripada kerajaan Madani dan bantuan ini akan disalurkan secara tunai seperti pembayaran bantuan STR. Hal ini telah diumumkan oleh Kerajaan Madani dimana Kerajaan 8 juta penerima STR yang berstatus lulus, akan menerima bantuan SARA one off ini.
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off 2024 ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan STR 2024 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani, termasuklah mereka yang BUKAN miskin dan miskin tegar. Dengan kata lain, semua penerima STR 2024 akan menerima bantuan SARA One-Off ini secara automatik sekiranya status semakan mereka adalah lulus.
TARIKH MASUK BAYARAN SARA ONE OFF
Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) dan semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR.
Kaedah Penyaluran bantuan sara one off ini adalah sama seperti bantuan STR, dimana pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. Manakala, bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.
SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Panduan lengkap Semakan Status SARA One Off 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
SEMAKAN JUMLAH MASUK BAYARAN SARA ONE OFF
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga emas tiada pasangan & Bujang | RM 150 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Semakan