SKAS SARAWAK PERMOHONAN (ONLINE 2025 REGISTER BANTUAN)

SKAS SARAWAK PERMOHONAN (ONLINE 2025 REGISTER BANTUAN)

Untuk makluman anda, dalam pembentangan belanjawan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mengumumkan satu inisiatif bantuan keperluan asas yang bakal dilaksanakan pada tahun 2025.

Bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah dan menghadapi kesukaran ekonomi dalam pembelian bahan makanan asas untuk kelangsungan hidup.

Berikut disertakan maklumat lanjut mengenai permohonan skas, untuk rujukan anda semua.

Bagaimanakah permohonan skas sarawak 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF (2024 BANTUAN RM300/RM150)

APA ITU BANTUAN SKAS

Kerajaan Sarawak telah mengumumkan Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada golongan sasar yang berpendapatan rendah untuk membantu mereka membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung dan minyak masak, dan keperluan yang lain untuk kelangsungan hidup.

Penerima manfaat bantuan ini mestilah terdiri daripada warga Sarawak yang menetap di Sarawak. Peruntukkan sebanyak RM450 juta akan disalurkan bermula tahun 2025, dimana kira-kira seramai 850,000 akan mendapat manfaat ini antara RM250 hingga RM800, bergantung kepada kelayakan dan kategori penerima.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKAS SARAWAK

Penerima yang layak membuat permohonan bantuan ini adalah warga Sarawak yang menetap di Sarawak.

Berikut adalah kelayakan bantuan SKAS:

  1. Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah akan menerima bantuan bernilai RM800
  2. Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 kebawah akan menerima bantuan bernilai RM400;
  3. Bujang berpendapatan RM2,500 kebawah akan menerima bantuan bernilai RM250
  4. Bantuan ini adalah untuk pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas yang lain.

JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM800
Warga emas tanpa pasangan dan anak
berpendapatan RM5,000 dan kebawah
RM400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM250

JADUAL TARIKH BAYARAN BANTUAN

Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.

PERMOHONAN SKAS SARAWAK DAN SEMAKAN STATUS

Permohonan dan semakan bantuan belum dimakulumkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan permohonan bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk saluran berikut:

2 thoughts on “SKAS SARAWAK PERMOHONAN (ONLINE 2025 REGISTER BANTUAN)”

Leave a Comment