TUKAR IC ROSAK : ANDA TIDAK BOLEH BUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF RM100? CARA GANTI BARU MELALUI ONLINE
Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan secara one-off kepada 22 juta rakyat Malaysia melalui pengkreditan ke dalam Kad Pengenalan (IC) dan perlu digunakan untuk pembelian keperluan asas. Oleh itu, rakyat Malaysia diwajibkan untuk tukar IC yang rosak supaya dapat menggunakan Bantuan SARA di mana-mana kedai terpilih.
Bagaimanakah cara tukar IC rosak untuk semakan status bayaran SARA One Off RM100? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN SARA : SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KENALPASTI IC ROSAK
Berikut merupakan tanda Kad Pengenalan (IC) yang rosak dan perlu ditukar :
- Kad gagal dibaca : Tidak boleh imbas di mesin atau ‘self service kiosk‘.
- Bank / Agensi Kerajaan tolak urusan : Sistem tidak dapat kesan data Kad Pengenalan.
- Perlu dicuba banyak kali untuk lepas : Tanda cip mula bermasalah.
- Kad rosak fizikal : Mempunyai kesan calar / retak / bengkok / patah yang boleh jejaskan cip.
- Kad terlalu lama : Kad melebihi 10 tahun boleh menyebabkan cip haus atau terpadam.
CARA TUKAR IC ROSAK
Pertukaran Kad Pengenalan (IC) yang rosak boleh dibuat melalui empat (4) cara, iaitu :
- Kunjungi Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di cawangan terdekat; atau
- Kunjungi Bas atau Van Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); atau
- Hubungi MyPhone-In; atau
- Permohonan secara atas talian (online) melalui laman rasmi JPN e-Service.
PANDUAN LENGKAP CARA TUKAR IC ROSAK ONLINE
Bagi yang ingin memohon pertukaran segera Kad Pengenalan (IC) secara atas talian (online), ikuti panduan di bawah :
- Layari laman rasmi JPN e-Service di sini : https://gantianmykad.jpn.gov.my/.
- Pilih butang [Mohon Gantian Bagi MyKad Anda].
- Isikan borang permohonan mengikut maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Klik butang [Muat Naik] dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengenalan (MyKad) yang rosak.
- Pilih cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat anda.
- Masukkan bayaran yang diperlukan melalui kad kredit anda.
- Simpan resit serta nombor rujukan yang diberikan.
- Semak status permohonan dan sekiranya telah sedia, kunjungi cawangan JPN yang dipilih untuk mengambil Kad Pengenalan (MyKad) baharu.
- Selesai.
*Peringatan : Permohonan pertukaran Kad Pengenalan (IC) dalam talian (online) adalah pada hari berkerja bermula 8:00 pagi hingga 4:30 petang sahaja.
CAJ BAYARAN TUKAR IC ROSAK
STATUS WARGANEGARA | CAJ BAYARAN TUKAR IC |
---|---|
Warganegara | RM10.00 |
Bukan Warganegara | RM40.00 |
TEMPOH KUTIPAN TUKAR IC BARU
Setiap cawangan menetapkan tempoh kutipan Kad Pengenalan (IC) yang baru berbeza seperti berikut :
- Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan Semua Cawangan UTC adalah selama tempoh 30 minit sahaja.
- Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Semenanjung Malaysia adalah selama tempoh lima (5) hari bekerja sahaja.
- Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Sabah dan Sarawak adalah selama tempoh tujuh (7) hari bekerja sahaja.
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF DALAM IC
Status kelayakan bayaran SARA One Off boleh mula disemak bermula pada 21 Ogos 2025.
Ikuti cara semakan status bayaran SARA One Off dalam IC seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Kad Pengenalan (IC) Rosak, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) : 03-8000 8000
- Alamat e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://gantianmykad.jpn.gov.my.