CARA TUKAR ALAMAT MENGUNDI (SPR ONLINE)

CARA TUKAR ALAMAT MENGUNDI (SPR ONLINE)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa individu yang merupakan pengundi boleh menukar alamat dalam pendaftaran pemilihan SPR mengikut pada alamat yang terki dalam Kad Pengenalan (MyKad).

Sekiranya Kad Pengenalan (MyKad) individu telah tertera alamat baharu, individu boleh memohon untuk menukar alamat mengundi melalui dua (2) cara, iaitu secara manual di kaunter SPR terdekat atau secara online.

Sila tukar segera alamat mengundi anda sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 akan diadakan tidak lama lagi.

BACA JUGA : BELANJAWAN 2026 : PENJAWAT AWAM, BONUS, STR, SARA, PTPTN, BANTUAN

TUKAR ALAMAT MENGUNDI

BOLEH KE TUKAR ALAMAT MENGUNDI?

Berdasarkan Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan :

  • Jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal temapat mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya telah menukar alamat baharu dalam Kad Pengenalan.

Peraturan 12(2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002 :

  • Bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peratura-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

SYARAT TUKAR ALAMAT MENGUNDI

Individu yang ingin menukar alamat mengundi perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pindah ke alamat baharu seperti daerah lain atau kampung lain; dan
  • Telah mengubah alamat baharu dalam Kad Pengenalan (MyKad) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

*Nota Penting : SPR hanya mengikut alamat dalam Kad Pengenalan (MyKad) sahaja. Oleh itu, individu perlulah menukar alamat dalam Kad Pengenalan (MyKad) terlebih dahulu sebelum memohon pertukaran alamat mengundi.

CARA TUKAR ALAMAT MENGUNDI

Dua (2) cara tukar alamat SPR yang boleh dilakukan, iaitu :

  1. Pertukaran Alamat SPR Secara Online; atau
  2. Pertukaran Alamat SPR Secara Manual.

PANDUAN PERMOHONAN TUKAR ALAMAT SPR SECARA ONLINE

Ikuti cara permohonan menukar alamat tempat mengundi secara online seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MySPR di sini : https://myspr.gov.my.
  2. Di Portal Rasmi MySPR, daftar akaun pengguna baharu (jika belum ada akaun).
  3. Aktifkan akaun pengguna melalui e-Mel atau nombor telefon yang didaftarkan.
  4. Isi Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya) dengan lengkap.
  5. Sediakan muat naik gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dengan jelas.
  6. Masukkan juga gambar swafoto bersama Kad Pengenalan (MyKad).
  7. Klik pada butang [Hantar].
  8. Tunggu pengesahan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  9. Selesai.

PANDUAN PERMOHONAN TUKAR ALAMAT SPR SECARA MANUAL

Pergi ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdekat atau Pejabat Pos Malaysia (mempunyai perkhidmatan “Ubah Alamat Mengundi”) dan pastikan bawa bersama dokumen berikut :

  • Kad Pengenalan (MyKad) asal.
  • Bukti alamat baharu (seperti bil air / bil elektrik / sebagainya yang mempunyai alamat tersebut).

SOALAN LAZIM SPR

  1. Bagaimanakah prosedur untuk pertukaran maklumat seperti agama dan bangsa?
    • Individu boleh menukar maklumat tersebut di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PRN) dan bawa bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
  2. Adakah tempoh pertukaran maklumat SPR lama?
    • Permohonan untuk sebarang pertukaran maklumat SPR akan mengambil masa biasanya dua (2) minggu atau lebih.
  3. Bolehkah menukar alamat mengundi di SPR sahaja tanpa menukar alamat dalam MyKad?
    • Tidak boleh, individu perlu menukar alamat dalam MyKad terlebih dahulu sebelum membuat pertukaran alamat mengundi di SPR.
  4. Bilakah masa yang dibenarkan untuk menukar alamat mengundi?
    • Pada bila-bila masa sahaja sebelum tarikh pilihan raya diumumkan.
  5. Kenapa penting untuk tukar alamat mengundi?
    • Supaya pemilih dapat mengundi di kawasan tempat tinggal semasa.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya berkongsikan artikel ini berdasarkan Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memudahkan capaian orang ramai. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk di bawah :

Leave a Comment