TARIKH RASMI STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH RASMI STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Seperti yang dijangkakan, pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diawalkan daripada jadual. Kerajaan telah bersetuju untuk membuat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bermula pada 18 Oktober 2025 (Sabtu) dan secara berperingkat.

Ketahui maklumat rasmi bayaran dan status kelayakan penerima STR Fasa 4 yang kami kongsikan di bawah.

BACA JUGA : CARA TUKAR ALAMAT MENGUNDI (SPR ONLINE)

TARIKH RASMI STR FASA 4

TARIKH RASMI STR FASA 4 2025

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasminya telah mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 diawalkan daripada jangkaan.

Berikut merupakan tarikh rasmi STR untuk sepanjang tahun 2025 :

PELAKSANAAN FASATARIKH BAYARAN RASMISTATUS
Fasa 122 Januari – 28 Januari 2025Telah Dibayar
Fasa 224 Mac – 27 Mac 2025Telah Dibayar
Fasa 312 Ogos – 21 Ogos 2025Telah Dibayar
Fasa 4Bermula 18 Oktober 2025Akan Dibayar

CARA PENERIMAAN STR FASA 4 2025

Terdapat dua (2) cara penerimaan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang disediakan kepada penerima bagi memudahkan untuk menerima bayaran.

Berikut merupakan cara penerimaan bayaran STR Fasa 4 :

  1. Pengkreditan Dalam Akaun Bank :
    • Bantuan STR dikreditkan melalui sistem IBG Fund Transfer dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
  2. Pembayaran Secara Tunai :
    • Bantuan STR dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun / penerima di pedalaman / penerima berstatus “gagal kredit”.

AMAUN BAYARAN STR FASA 4 2025

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dibayar kepada setiap penerima adalah mengikut amaun seperti berikut :

  • Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHAMAUN STR FASA 4 2025
Isi Rumah B40RM200 sehingga RM700
(bergantung jumlah anak)
Isi Rumah M40RM100 sehingga RM350
(bergantung jumlah anak)
  • Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASAMAUN STR FASA 4 2025
Berumur 60 tahun dan ke atas
(tiada pasangan)
RM150 setiap seorang
  • Bujang :
KELAYAKAN BUJANGAMAUN STR FASA 4 2025
Belum berkahwin / balu / duda / janda
(tiada anak)
RM150 setiap seorang

*Nota : Untuk mengetahui amaun yang tepat, sila semak di Portal rasmi STR.

KRITERIA KELAYAKAN STR 2025

Penerima STR yang disahkan “Layak” adalah dirujuk berdasarkan kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
    • Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
    • Tiada had umur pemohon;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40); atau
    • Pendapatan isi rumah RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • Kategori Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    • Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Kategori Bujang :
    • Warganegara Malaysia;
    • Umur 21 hingga 59 tahun / OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.

PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR

Semua pemohon perlulah mengetahui status kelayakan sama ada “Layak” atau “Tidak Layak” menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 pada bulan Oktober ini.

Ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan penerima STR di bawah :

SEMAKAN RASMI STR FASA 4 2025
  1. Sila klik pautan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Status Penerima & Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

INFO LANJUT

Segala informasi berkaitan Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang kami kongsikan adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Untuk info yang lebih lanjut sila rujuk Portal Rasmi STR atau talian berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment