TARIKH PENGKREDITAN DUIT DALAM IC : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH
Pengkreditan duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan secara ansur setiap bulan ke dalam Kad IC iaitu Kad Pengenalan 5.4 juta penerima dalam pada masa dan tarikh yang sama pada setiap bulan.
Bilakah tarikh pengkreditan duit dalam IC? Ikuti jadual dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAK BAKI IC : CEK DUIT BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD ANDA (PANDUAN LENGKAP)
TARIKH PENGKREDITAN DUIT DALAM IC
Semua 5.4 juta penerima akan terima pengkreditan duit Bantuan SARA MyKasih dalam IC mengikut tarikh yang sama seperti yang telah dijadualkan oleh Kerajaan di bawah :
| PENGKREDITAN KEPADA PENERIMA EKASIH | PENGKREDITAN KEPADA PENERIMA ASAS | PENGKREDITAN KEPADA SEMUA RAKYAT |
|---|---|---|
| 15 Januari 2025 | – | – |
| 1 Februari 2025 | – | – |
| 1 Mac 2025 | – | – |
| 1 April 2025 | 1 April 2025 | – |
| 1 Mei 2025 | 1 Mei 2025 | – |
| 1 Jun 2025 | 1 Jun 2025 | – |
| 1 Julai 2025 | 1 Julai 2025 | – |
| 1 Ogos 2025 | 1 Ogos 2025 | 31 Ogos 2025 |
| 1 September 2025 | 1 September 2025 | – |
| 1 Oktober 2025 | 1 Oktober 2025 | – |
| 1 November 2025 | 1 November 2025 | – |
| 1 Disember 2025 | 1 Disember 2025 | – |
TARIKH AKHIR GUNA DUIT DALAM IC
Namun, penerima perlu menggunakan duit Bantuan SARA MyKasih yang ada dalam IC sebelum tarikh akhir yang ditetapkan seperti berikut :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|
| Setiap bulan (Penerima eKasih) | 31 Disember 2025 |
| Setiap bulan (Penerima Asas) | 31 Disember 2025 |
| One-Off (Semua Rakyat Dewasa) | 31 Disember 2025 |
JUMLAH PENGKREDITAN DALAM IC
Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam IC setiap penerima adalah sebanyak jumlah berikut :
- Bantuan Untuk Penerima eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENGKREDITAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 setiap bulan |
| Bujang | RM50 setiap bulan |
| Warga Emas | RM150 setiap bulan |
- Bantuan Untuk Penerima Asas :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENGKREDITAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 setiap bulan |
| Bujang | – |
| Warga Emas | RM50 setiap bulan |
- Bantuan Untuk Semua Rakyat (termasuk eKasih & asas) :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENGKREDITAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 (suami) + RM100 (isteri) one-off |
| Bujang | RM100 one-off |
| Warga Emas | RM100 one-off |
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA DUIT DALAM IC
Hanya 14 jenis barang keperluan asas yang dibolehkan untuk beli guna duit Bantuan SARA MyKasih yang ada dalam IC :
- ๐ Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- ๐ Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya.
- ๐ฅ Telur : Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya.
- ๐ข๏ธ Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya.
- ๐พ Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya.
- ๐ช Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya.
- ๐ Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya.
- โ Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya.
- ๐ฅซ Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya.
- ๐ง Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya.
- ๐งผ Produk penjagaan diri : Colgate / Dettol / Kotex dan sebagainya.
- ๐ Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya.
- ๐ Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya.
- ๐ช Produk kebersihan rumah : Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.
CARA GUNA DUIT DALAM IC
Sekiranya duit Bantuan SARA MyKasih masih ada dalam IC, penerima boleh menggunakannya mengikut tatacara seperti berikut :
- Bawa bersama IC anda ke premis yang terpilih SARA MyKasih.
- Semak senarai premis terpilih berhampiran di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Ambil barang keperluan asas mengikut senarai di atas.
- Pastikan mempunyai label SARA MyKasih pada rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang mempunyai label ‘Kaunter MyKasih’.
- Berikan Kad IC kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan menyatakan baki yang ada dan imbas setiap barang mengikut jumlah baki.
- Jika pembelian melebihi had baki, penerima perlu membayar secara tunai.
- Bayaran akan disahkan dan resit berserta Kad IC akan diberikan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]