TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 TELAH DIUMUMKAN – ANDA BOLEH SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Terkini! Perdana Menteri Malaysia mengumumkan penjadualan awal bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa akhir ke bulan Oktober sempena sambutan perayaan Deepavali 2025.
Adakah tarikh pembayaran str fasa 4 2025 telah diumumkan? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: PORTAL LOG MASUK STR : FASA 4 2025 SEMAKAN STATUS
SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
AMAUN PEMBAYARAN STR FASA 4 & KATEGORI PENERIMA
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 350 3 hingga 5 Anak : RM 500 5 Anak dan Ke atas : RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 1 hingga 2 Anak : RM 200 3 hingga 5 Anak : RM 250 5 Anak dan Ke atas : RM 350 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
TARIKH RASMI PEMBAYARAN STR
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN STR 2025 |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 4
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
JADUAL PEMBAYARAN STR MENGIKUT BANK
Waktu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke akaun bank penerima adalah seperti jadual berikut :
JENIS BANK | WAKTU MASUK BAYARAN |
---|---|
Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
Bank Islam | Selepas 8 malam |
Affin Bank | Selepas 8 malam |
Ambank | Selepas 8 malam |
Maybank | Selepas 9 malam |
Cimb Bank | Selepas 9 malam |
RHB Bank | Selepas 9 malam |
Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
Lain-lain bank | Selepas 10 malam |
Namun, kemasukan bayaran ke akaun mungkin berbeza dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 4
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam sistem STR. |
Tiada Akaun Bank atau status ‘Gagal Kredit’ | Penerima boleh tuntut bayaran secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan. |
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2025
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Adakah 18 Oktober 2025 merupakan tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 4?
- Ya. 18 Oktober 2025 adalah tarikh mula pelaksanaan bayaran. Namun, pengkreditan adalah mengikut jenis bank yang digunakan oleh penerima.
- Bolehkah semakan status dilakukan sebelum tarikh pembayaran?
- Boleh. Namun untuk status pembayaran bagi kemasukan Fasa terkini mungkin masih belum dikemas kini dalam Portal.
- Adakah Portal STR dibuka sepanjang tahun?
- Portal STR dibuka sepanjang tahun untuk penerima mengakses segala urusan berkaitan Bantuan STR. Namun permohonan bantuan, kemas kini maklumat hanya akan dibuka mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Jika pengkreditan bayaran dalam akaun bank ‘Gagal’, apa yang perlu dibuat?
- Penerima boleh membuat tuntutan tunai di Cawangan BSN berdekatan.
- Adakah STR Fasa 4 secara automatik jika saya sudah menerima STR sebelum ini?
- Ya. Jika anda masih memenuhi syarat kelayakan bantuan, anda layak menerima bantuan ini secara automatik tanpa permohonan baharu. Namun, kemas kini maklumat perlu dilakukan sekiranya belum kemas kini maklumat selama tiga tahun berturut-turut.
- Bila tarikh pembayaran STR 2026 dijangkan akan diumumkan?
- Pengumuman pembayaran STR 2026 adalah bergantung kepada pihak berwajib, dan akan mula diumumkan apabila memasuki tahun baharu 2026.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]