TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pendalaman Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank telahpun mula menerima bayaran secara tunai di pusat-pusat pemberian yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Bagaimanakah semakan pembayaran STR Fasa 3? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JADUAL PEMBAYARAN DUIT STR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
KADAR PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Berikut merupakan kadar pembayaran STR Fasa 3 kepada penerima sedia ada :
- Isi Rumah B40 : RM150 hingga RM650 (bergantung jumlah anak).
- Isi Rumah M40 : RM100 hingga RM300 (bergantung jumlah anak).
- Warga Emas : RM150.
- Bujang : RM150.
*Nota : penerima baharu perlu menyemak kadar bayaran yang akan diterima fasa 3 di portal rasmi STR.
KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Terdapat dua (2) kaedah pembayaran STR Fasa 3, iaitu bergantung kepada penerima seperti berikut :
- Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau di pusat-pusat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi penerima yang tiada akaun bank; atau
- Pengkreditan melalui ‘IBG Fund Transfer’ terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan.
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Pembayaran STR Fasa 3 telah mula dibayar secara tunai kepada penerima di Sabah dan Sarawak. Namun, pembayaran kepada penerima dijangka akan dilaksanakan pada tarikh :
- Penerima Sedia Ada :
- Julai hingga Ogos 2025.
- Penerima Baharu :
- Julai hingga Ogos 2025.
*Nota : Tarikh di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut tarikh yang akan diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3 2025
Status kelayakan penerima STR Fasa 3 boleh disemak seperti panduan berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk notis pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.