TARIKH MASUK DUIT STR FASA 3 : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

TARIKH MASUK DUIT STR FASA 3 : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Duit peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM13 billion diagihkan secara berperingkat kepada hampir 60 peratus (%) rakyat yang terpilih ‘layak’ dalam permohonan yang dibuka sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah semakan status masuk duit STR Fasa 3? Sila rujuk penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA JPJ : REGISTER ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3

Penerima yang disahkan layak adalah yang memenuhi kelayakan berikut :

ISI RUMAH

  • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
  • Ibu/bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau tidak melebihi RM5,000 (M40);
  • Tiada had umur.

WARGA EMAS

  • Tiada pasangan / bujang / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.

BUJANG

  • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
  • Had umur 21 hingga 59 tahun / 19 tahun ke atas bagi Bujang OKU;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
  • Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan.

AMAUN MASUK DUIT STR FASA 3

Duit Bantuan STR Fasa 3 akan dimasukkan dengan amaun berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah B40 :
      • Tiada anak (RM150), 1 – 2 anak (RM350), 3 – 4 anak (RM500) dan 5 anak ke atas (RM650).
    • Isi Rumah M40 :
      • Tiada anak (RM100), 1 – 2 anak (RM200), 3 – 4 anak (RM250) dan 5 anak ke atas (RM300).
  • Kategori Warga Emas :
    • (RM150).
  • Kategori Bujang :
    • (RM150).

TARIKH MASUK DUIT STR FASA 3

Bantuan STR Fasa 3 akan dimasukkan pada :

  • Penerima Sedia Ada :
    • Tarikh belum diumumkan.
  • Penerima Baharu :
    • Tarikh belum diumumkan.

*Nota : Tarikh masuk STR Fasa 3 akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.

KAEDAH MASUK DUIT STR FASA 3

Duit Bantuan STR Fasa 3 akan dimasukkan melalui :

  • Dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang aktif; atau
  • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima tiada akaun bank atau status gagal kredit.

SEMAKAN STATUS STR FASA 3

Ikuti semakan status STR Fasa 3 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment