TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan pada musim-musim perayaan dan cuti sekolah bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat yang memerlukan terutamanya pada musim perayaan.
Bagaimanakah semakan tarikh bayaran STR Fasa 3? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MY SARA SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dibayar pada tarikh :
- Penerima Sedia Ada :
- Akhir Julai hingga Ogos 2025.
- Penerima Baharu :
- Akhir Julai hingga Ogos 2025.
*Bagaimanapun, tarikh di atas adalah jangkaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut makluman terkini oleh Kementerian Kewangan (MOF).
MASA BAYARAN STR FASA 3 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima bermula pada masa berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
*Masa bayaran masuk ke dalam akaun bank penerima adalah tidak menentu kerana ianya dimasukkan melalui sistem IBG dan akan mengambil masa tiga (3) hingga lima (5) hari dari tarikh yang dimaklumkan.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025
Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah sebanyak berikut :
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah (B40) :
- RM150 (Tiada anak).
- RM300 (1 – 2 anak).
- RM500 (3 – 4 anak).
- RM650 (5 anak ke atas).
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
- RM100 (Tiada anak).
- RM200 (1 – 2 anak).
- RM250 (3 – 4 anak).
- RM300 (5 anak ke atas).
- Warga Emas (Tiada Pasangan) :
- RM150.
- Bujang :
- RM150.
CARA BAYARAN STR FASA 3 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah melalui dua (2) cara berikut :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR; atau
- Tuntutan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun atau gagal menerima pengkreditan dalam akaun bank.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 3 2025
Status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk bayaran Fasa 3, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Log masuk menggunakan akaun ‘MyDigital ID’; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, kunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.
y6fabd