TARIKH BAYARAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN FASA 1

TARIKH BAYARAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN FASA 1

Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) bakal dilaksanakan selama 12 bulan iaitu setiap bulan dari Januari hingga Disember 2026 bagi membantu meringankan bebenan kos sara hidup dari semasa ke semasa.

Bilakah tarikh bayaran SARA dan bagaimanakah cara semak status kelayakan penerima? Ikuti penjelasan dan panduan di bawah.

BACA JUGA : BILAKAH TARIKH BAYARAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENERIMA

JUMLAH BAYARAN SARA 2026

Bantuan SARA akan dibayar berdasarkan status kelayakan dan kategori penerima seperti berikut :

PENERIMA STATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA STATUS
ASAS BUKAN MISKIN
Isi Rumah :
RM200 setiap bulan
hingga
RM2,400 setahun
Isi Rumah :
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
Warga Emas :
RM150 setiap bulan
hingga
RM1,800 setahun
Warga Emas :
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun
Bujang :
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
Bujang :
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun

TARIKH BAYARAN SARA 2026

Bantuan SARA untuk tahun 2026 akan dibayar kepada penerima yang layak mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :

  • ** Januari 2026 (akan dikemaskini).
  • 1 Februari 2026.
  • 1 Mac 2026.
  • 1 April 2026.
  • 1 Mei 2026.
  • 1 Jun 2026.
  • 1 Julai 2026.
  • 1 Ogos 2026.
  • 1 September 2026.
  • 1 Oktober 2026.
  • 1 November 2026.
  • 1 Disember 2026.

*Bagaimanapun, tarikh-tarikh di atas akan dikemaskini semula sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan.

CARA BAYARAN SARA 2026

Kerajaan akan memberikan bayaran Bantuan SARA kepada semua kategori dan kelayakan penerima dengan cara yang sama seperti berikut :

  • Dibayar setiap bulan melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak dan boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas tanpa tunai (cashless).

KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026

Terdapat beberapa syarat kelayakan untuk penerima Bantuan SARA, antaranya adalah :

  • Warganegara :
    • Malaysia.
  • Had Umur Setiap Kategori :
    • Isi Rumah : Tiada Had Umur.
    • Warga Emas : 60 tahun & ke atas.
    • Bujang : 19 hingga 59 tahun.
  • Kadar Pendapatan :
    • Bawah Garis Kemiskinan Semasa (bagi yang berdaftar dengan eKasih); atau
    • Bermula RM2,500 dan tidak melebihi RM5,000 sebulan (bagi penerima asas).
  • Status Permohonan STR :
    • Lulus sebagai penerima STR 2026.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA boleh diketahui dengan membuat semakan secara atas talian (online) melalui dua (2) platform rasmi yang disediakan seperti berikut :

PLATFORMPAUTAN
Portal Rasmi MyKasihhttps://mykasih.com.my/
Aplikasi MyKasihhttps://play.google.com/store/apps/details?id=com.dialog.mykasih&hl=ms

Panduan Cara Semakan Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih yang tertera di atas.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Panduan Cara Semakan Status Melalui Aplikasi MyKasih :

  1. Sila muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
    • [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
  4. Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
  5. Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
  6. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  8. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  9. Klik pada butang [Verify you are human].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  11. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

INFO LANJUT SARA

Informasi berkaitan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dalam artikel ini adalah dirujuk berdasarkan Portal Rasmi MyKasih. Tujuan perkongsian ini adalah untuk memudahkan carian orang ramai. Untuk info yang lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di :

Leave a Comment