TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Agihan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berperingkat dan kini peringkat fasa ketiga (3) yang bakal dibayar kepada hampir 9 juta rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan tarikh bayaran duit STR Fasa 3? Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SABAH 900 SEMAKAN : FASA 2 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
CARA BAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah bergantung kepada penerima seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau tunai di mana-mana pusat yang ditetapkan kepada penerima di kawasan pendalaman.
JUMLAH BAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada penerima sedia ada :
KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah B40 :
- RM150 (Tiada anak).
- RM300 (1 – 2 anak).
- RM500 (3 – 4 anak).
- RM650 (5 anak dan ke atas).
- Isi Rumah M40 :
- RM100 (Tiada anak).
- RM200 (1 – 2 anak).
- RM250 (3 – 4 anak).
- RM300 (5 anak dan ke atas).
KATEGORI BUJANG :
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
- RM150 (setiap individu).
- Bujang Umur 60 tahun dan ke atas :
- RM150 (setiap individu).
*Penerima baharu yang diluluskan, perlu menyemak jumlah bayaran Fasa 3 di Portal Rasmi STR.
TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengumumkan secara rasmi tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3. Sekiranya, ianya telah diumumkan, pihak kami akan mengemaskini kembali maklumat tarikh di bawah :
- Penerima Sedia Ada :
- Tarikh bayaran akan dikemaskini.
- Penerima Baharu :
- Tarikh bayaran akan dikemaskini.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, ikuti panduan lengkap cara semak status seperti di bawah :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.