TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Pastinya majoriti daripada pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus ‘Layak’ menantikan bayaran untuk fasa yang seterusnya. Oleh itu, Kerajaan akan melaksanakan bayaran fasa tiga (3) tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan tarikh bayaran duit STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN BANTUAN MYKASIH : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA
KAEDAH BAYARAN DUIT STR FASA 3
Kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada jenis penerima berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH PENERIMAAN BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Ada akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan |
Tiada maklumat akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja |
JUMLAH BAYARAN DUIT STR FASA 3
Berikut merupakan jumlah bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah B40 | RM150 hingga RM650 (dibayar bergantung bilangan anak) |
Isi Rumah M40 | RM100 hingga RM300 (dibayar bergantung bilangan anak) |
Warga Emas | RM150 |
Bujang | RM150 |
TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 3
Bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dilaksanakan pada tarikh :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Akhir Julai hingga Ogos 2025 (jangkaan) |
Penerima Baharu | Akhir Julai hingga Ogos 2025 (jangkaan) |
BILANGAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 3
Daripada pendekatan pembukaan permohonan dan rayuan untuk sepanjang tahun, bilangan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan terus bertambah seperti berikut :
PERINGKAT BAYARAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Fasa 1 | 8.3 juta penerima |
Fasa 2 | 8.5 juta penerima |
Fasa 3 | 8.7 juta penerima (anggaran) |
Fasa 4 | 9 juta penerima (anggaran) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3
Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.