TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026 : CHECK STATUS KELULUSAN PEMOHON LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL TERBARU

TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026 : CHECK STATUS KELULUSAN PEMOHON LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL TERBARU

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 1, 2026 akan dilaksanakan seawal bulan Januari, dan akan mula dikreditkan ke akaun bank penerima secara berperingkat bermula pada tarikh pembayaran yang dijadualkan.

Bilakah tarikh bayaran duit str fasa 1 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: JUMLAH BANTUAN TUNAI STR HASIL 2026 YANG DIBAYAR : SEMAK JUMLAH BAYARAN AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON BERSTATUS LAYAK SEMASA FASA 1

TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :

FASA STRTARIKH PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 1
Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat bermula
20 Januari 2026 (Selasa)

JADUAL WAKTU BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026

Waktu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke akaun bank penerima adalah seperti jadual berikut :

JENIS BANKWAKTU MASUK BAYARAN
Bank Simpanan Nasional (BSN)Selepas 6 petang
Bank IslamSelepas 8 malam
Affin BankSelepas 8 malam
AmbankSelepas 8 malam
MaybankSelepas 9 malam
Cimb BankSelepas 9 malam
RHB BankSelepas 9 malam
Bank MuamalatSelepas 10 malam
Lain-lain bankSelepas 10 malam

Pelaksanaan pembayaran mungkin berbeza mengikut jenis bank, dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

AMAUN DUIT BAYARAN STR 2026

Jumlah Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SETAHUN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga Emas Tanpa Pasangan
(Berusia 60 tahun dan ke atas)
RM600
Bujang
(Berusia 21 sehingga 59 tahun)
Bantuan digantikan dengan SARA 2026

Amaun pembayaran untuk setiap Fasa (1, 2, 3, 4) belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

CHECK STATUS KELULUSAN PERMOHONAN STR FASA 1 2026

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

KAEDAH BAYARAN DUIT STR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment