TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI RAHMAH STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SEMASA FASA 1

TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI RAHMAH STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SEMASA FASA 1

Peringkat pertama iaitu Fasa 1 bayaran Bantuan Tunai Rahmah (STR) bakal dilaksanakan pada awal tahun 2026 dan setiap individu yang berstatus ‘Layak’ akan terima bayaran duit dengan amaun dan tarikh yang berbeza mengikut kelayakan.

Bilakah tarikh bayaran duit & bagaimana cara semakan status Bantuan Tunai Rahmah STR Fasa 1 2026? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EKASIH RM300 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS AKAN DAPAT BAYARAN DALAM IC SETIAP BULAN – CEK SEGERA

MEDIUM BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI RAHMAH STR 2026

Berikut adalah medium bayaran duit Bantuan Tunai Rahmah (STR) kepada setiap penerima yang layak :

  • Bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank atau dibayar tunai di mana-mana pusat pemberian untuk penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Atau

  • Pengkreditan tunai secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan bagi yang mempunyai akaun bank serta melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan.

AMAUN BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI RAHMAH STR 2026

Duit Bantuan Tunai Rahmah (STR) bakal dibayar kepada setiap kategori mengikut amaun seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
    • Tiada anak : RM700.
    • 1 – 2 anak : RM1,200.
    • 3 – 4 anak : RM1,700.
    • 5 anak / lebih : RM2,200.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
    • Tiada anak : RM200.
    • 1 – 2 anak : RM450.
    • 3 – 4 anak : RM700.
    • 5 anak / lebih : RM950.
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM600.
  • Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 :
    • Tiada, diganti dengan bayaran SARA.

TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI RAHMAH STR 2026

Pembayaran duit Bantuan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 akan diterima oleh penerima yang layak dari fasa ke fasa mengikut tarikh berikut :

  • Fasa 1 : Januari / Februari 2026 (Mungkin sebelum Tahun Baru Cina).
  • Fasa 2 : Mac / April 2026 (Mungkin sebelum / selepas Hari Raya Aidilfitri).
  • Fasa 3 : Ogos 2026 (Mungkin sebelum Hari Kebangsaan).
  • Fasa 4 : November 2026 (Mungkin sebelum Perayaan Deepavali).

*Tarikh-tarikh di atas akan dikemaskini semula mengikut pindaan dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT BANTUAN TUNAI RAHMAH STR 2026

Rujuk panduan lengkap cara semakan status penerima duit Bantuan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 mengikut panduan berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Bantuan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Klik pada puatan Portal Rasmi di atas.
  2. Anda akan dibawa ke Portal Rasmi STR.
  3. Kemudian, klik [Log Masuk].
  4. Masukkan ‘No. Kad Pengenalan’ anda.
  5. Klik butang [Semak].
  6. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
  7. Jika paparan kata kunci tersebut betul, klik [Ya].
  8. Masukkan ‘Kata Laluan Pengguna’.
  9. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  10. Papan pemuka akan dipaparkan.
  11. Untuk semak status anda, klik [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima Bantuan Tunai Rahmah STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Pautan Rasmi Bantuan Tunai Rahmah STR :
  • Talian Rasmi Bantuan Tunai Rahmah STR :
    • Bahagian HASiL : 1800 88 2747
    • Bahagian MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566

Leave a Comment