TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Penerimaan bayaran Bantuan Tunai Rahmah adalah secara ansur berperingkat melalui keseluruhan empat (4) fasa yang mana fasa pertama (1) telah selesai dibayar dan bakal memasuki pembayaran fasa kedua (2) yang tentunya dinantikan oleh penerima sedia ada dan penerima baharu.

Bilakah tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 dan bagaimana cara semakan status penerima
? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PENGELUARAN KWSP TERKINI : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Terdapat dua (2) kaedah bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa Kedua (2), iaitu melalui :

ADA AKAUN BANKTIADA AKAUN BANK
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut nombor
akaun bank yang didaftarkan semasa
permohonan
Diberikan secara tunai di mana-mana
kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
berhampiran seluruh Malaysia

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Setiap kategori penerima akan menerima jumlah bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa Kedua (2) yang berbeza seperti berikut :

  • Penerima Isi Rumah (Berkahwin / Ibubapa tunggal ada anak) :
ISI RUMAH PENDAPATAN
BAWAH RM2,500
ISI RUMAH PENDAPATAN
RM2,501 – RM5,000
RM150 hingga RM650
(Bergantung bilangan anak)
RM100 hingga RM300
(Bergantung bilangan anak)
  • Penerima Warga Emas (Tiada Pasangan) :
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
RM150 setiap seorang
  • Penerima Bujang (Belum berkahwin / Balu / Duda / Janda tiada anak) :
BUJANG / BALU / DUDA / JANDA
TIADA ANAK
RM150 setiap seorang

*NOTA : Untuk mengetahui jumlah bayaran yang tepat akan diterima, semakan boleh dilakukan di portal rasmi.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa Kedua (2) adalah dijangka pada tarikh berikut :

PERKARATARIKH BAYARAN
Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2Mulai 24 Mac 2025 dan berperingkat
*NOTA : Tarikh di atas akan dikemaskini kembali sekiranya terdapat perubahan daripada Kerajaan dan Kementerian Kewangan (MOF) dalam masa terdekat.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Untuk mengetahui maklumat status sebagai penerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa Kedua (2), ikuti panduan semakan status seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Bantuan Tunai Rahmahhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.

Leave a Comment