TARIKH BAYAR DUIT STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Duit hasil daripada penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat dalam bentuk wang tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara berperingkat dan berfasa.
Bagaimanakah semakan tarikh bayar duit STR Fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK EKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2025
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa tiga (3) dibayar kepada yang memenuhi kelayakan berikut :
Isi Rumah :
- Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
- Berpasangan ada atau tiada anak;
- Ibu/bapa tunggal ada anak;
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
Warga Emas :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.
Bujang :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2025
Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa tiga (3) :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BAYAR DUIT STR FASA 3 2025
Dua (2) cara bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa tiga (3) :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
- Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
KADAR BAYAR DUIT STR FASA 3 2025
Berikut merupakan kadar bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa tiga (3) :
- Isi Rumah B40 dibayar bermula RM150 hingga RM650 (bergantung bilangan anak).
- Isi Rumah M40 dibayar bermula RM100 hingga RM300 (bergantung bilangan anak).
- Warga Emas dibayar sebanyak RM150.
- Bujang dibayar sebanyak RM150.
TARIKH BAYAR DUIT STR FASA 3 2025
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) masih belum memaklumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Tiga (3) secara rasmi. Namun, ianya dijangka dibayar bermula akhir bulan Julai hingga Ogos 2025.
*Bagaimanapun, tarikh bayaran akan dikemaskini kembali sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.