TARIKH BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Berdasarkan bilangan penerima yang berstatus layak menerima Bantuan Tunai Rahmah, dijangka ianya akan bertambah untuk Fasa kedua (2) kerana terdapat permohonan baharu dan rayuan yang dikemukakan pada tarikh yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Bagaimanakah semakan status bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2? Ikuti maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
CARA BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Cara bayaran Bantuan Tunai Rahmah kepada penerima adalah melalui cara berikut :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
TARIKH BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 adalah dianggarkan pada tarikh berikut :
TUNAI DI KAUNTER BANK SIMPANAN NASIONAL | KREDIT TERUS KE DALAM AKAUN BANK PENERIMA |
---|---|
Mulai 3 April 2025 | 3 April 2025 dan berperingkat |
NILAI BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Setiap penerima akan menerima nilai Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 yang berbeza seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Berpasangan (ada / tiada anak) atau Tunggal (ada anak) :
ISI RUMAH PENDAPATAN BAWAH RM2,500 | ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000 |
---|---|
RM150 hingga RM650 (tertakluk bilangan anak) | RM100 hingga RM300 (tertakluk bilangan anak) |
- KATEGORI BUJANG :
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak) :
BUJANG UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN DAN KE ATAS |
---|---|
RM150 (Setiap seorang) | RM150 (Setiap seorang) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Untuk mengetahui status anda sebagai penerima Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2, ikuti cara semakan status seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Bantuan Tunai Rahmah 2025 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.