TARIKH BANTUAN TUNAI STR 2026 DIBAYAR : PENERIMA YANG BERSTATUS LULUS BAKAL TERIMA BAYARAN SEMASA FASA 1 – CEK SEKARANG
Bantuan Tunai STR atau Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2026 bakal dibayar secara berperingkat pada tarikh-tarikh ditetapkan oleh Kerajaan. Setiap pemohon perlu mengetahui status untuk tahu sama ada lulus atau tidak terima bayaran pertama tahun 2026.
Bagaimanakah cara semak status & tarikh Bantuan Tunai STR yang akan dibayar? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
TARIKH BANTUAN TUNAI STR 2026 DIBAYAR
Berikut adalah fasa-fasa bayaran Bantuan Tunai STR untuk tahun 2026 mengikut tarikh berikut :
- Fasa 1 : Januari / Februari 2026 (akan dikemaskini).
- Fasa 2 : Mac / April 2026 (akan dikemaskini).
- Fasa 3 : Ogos 2026 (akan dikemaskini).
- Fasa 4 : November 2026 (akan dikemaskini).
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR 2026
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai STR :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Warganegara Malaysia.
- Tiada had umur.
- Berkahwin (ada / tiada anak) / ibu bapa tunggal (ada anak).
- Pendapatan bawah RM2,500 (B40) / hingga RM5,000 (M40).
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Tiada pasangan (balu / duda / janda) & tiada tanggungan.
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000.
- KATEGORI BUJANG :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur 21 hingga 59 tahun.
- Belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak.
- Pendapatan bawah RM2,500.
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
KADAR BANTUAN TUNAI STR 2026 DIBAYAR
Bantuan Tunai STR akan dibayar berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN TUNAI STR |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas | RM600 |
| Bujang | – |
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI STR 2026
Ikuti cara semak status sebagai penerima Bantuan Tunai STR seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Bantuan Tunai STR akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]