TARIKH AKHIR TEBUS SARA 2025 : SEMAK SEKARANG TARIKH TAMAT TEMPOH BANTUAN MYKASIH DALAM IC

TARIKH AKHIR TEBUS SARA 2025 : SEMAK SEKARANG TARIKH TAMAT TEMPOH BANTUAN MYKASIH DALAM IC

Elaun Bantuan SARA yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya akan luput secara automatik jika tidak digunakah.

Bilakah tarikh akhir tebus elaun Bantuan SARA? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN SEMASA FASA 1

TARIKH AKHIR TEBUS SARA 2025

Kini, semua penerima masih boleh tebus Bantuan SARA pada bila-bila masa sahaja sebelum tarikh akhir berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH AKHIR TEBUS SARA
Penerima Miskin31/12/2025 (Rabu)
Penerima Asas31/12/2025 (Rabu)

CARA TEBUS SARA 2025

Berikut merupakan cara mudah untuk tebus Bantuan SARA :

  1. Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya (premis yang berdaftar SARA).
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  4. Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  6. Bayaran menggunakan IC akan disahkan
  7. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam IC.

BARANG BOLEH TEBUS GUNA SARA 2025

Hanya barang tertentu sahaja boleh tebus dengan menggunakan Bantuan SARA :

  • Bahan masakan asas :
    • Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
  • Barang makanan kering :
    • Roti, biskut, dan sebagainya.
  • Minuman :
    • Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
  • Produk penjagaan diri :
    • Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
  • Keperluan asas bayi :
    • Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang keperluan sekolah :
    • Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
  • Produk kebersihan rumah :
    • Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.

HAD TEBUS SARA 2025

Setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang hanya boleh tebus Bantuan SARA mengikut had seperti berikut :

HAD SARA
(PENERIMA MISKIN)
HAD SARA
(PENERIMA ASAS)
Isi Rumah : RM200
hingga RM2,100
Isi Rumah : RM100
hingga RM900
Warga Emas : RM150
hingga RM1,650
Warga Emas : RM50
hingga RM450
Bujang : RM50
hingga RM600
Bujang : –

SEMAK BAKI AKHIR SARA 2025

Jika masih ada baki elaun Bantuan SARA yang anda tidak gunakan, anda boleh semak berapa baki yang ada dalam IC mengikut panduan semakan berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Tunggu pengesahan [Verifikasi].
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan & Baki Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT SARA

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment