TARIKH AKHIR TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025 : SILA SEMAK TARIKH TAMAT MYKASIH ANDA
Walaupun duit Bantuan SARA yang tidak habis digunakan dalam MyKad dibawa ke bulan-bulan berikutnya. Namun, ianya mempunyai tarikh akhir yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kegagalan menggunakan duit sebelum tarikh akhir, duit tersebut akan ditarik dan tidak boleh digunakan lagi.
Bilakh tarikh akhir boleh tebus duit Bantuan SARA dalam MyKad? Ikuti maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM1200 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAN CARA MEMOHON
TARIKH AKHIR TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025
Semua penerima Bantuan SARA perlu tebus duit yang ada dalam MyKad sebelum tarikh akhir berikut :
🗓️ 31 Disember 2025, Rabu.
| PENERIMAAN SETIAP BULAN | PENERIMAAN ONE-OFF | |
|---|---|---|
| Tarikh terima | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
| Tempoh guna | 9 – 12 bulan | 4 bulan |
| Tarikh akhir | 31 Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
CARA TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Bagi yang belum pernah tebus duit Bantuan SARA dalam MyKad, ikuti cara tebus yang mudah seperti berikut :
- Bawa bersama MyKad penerima untuk ke premis yang terpilih SARA.
- Pilih barang-barang yang boleh ditebus guna duit Bantuan SARA.
- Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran guna MyKad.
- Berikan MyKad kepada juruwang yang bertugas untuk disahkan baki.
- Juruwang akan menyatakan baki Bantuan SARA yang ada dalam MyKad anda.
- Barang-barang terpilih SARA akan diimbas oleh juruwang.
- *Barang bukan dibawah SARA tidak akan diimbas sekali dengan barang SARA.
- Bayaran akan disahkan dengan menggunakan MyKad.
- Resit dan MyKad akan dikembalikan.
*Nota : Pembelian melebihi had baki Bantuan SARA dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SENARAI BARANG BOLEH TEBUS GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Antara barang-barang yang boleh ditebus guna duit Bantuan SARA dalam MyKad adalah termasuk :
- Bahan masakan asas :
- Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
- Barang makanan kering :
- Roti, biskut, dan sebagainya.
- Minuman :
- Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
- Keperluan asas bayi :
- Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
- Barang keperluan sekolah :
- Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.
HAD TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025
Namun, setiap penerima perlu mengetahui had Bantuan SARA yang boleh ditebus dalam MyKad mengikut kelayakan seperti berikut :
- ISI RUMAH :
| KELAYAKAN & CARA PENERIMAAN | HAD BANTUAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin (Penerimaan setiap bulan) | RM100 (Jan – Mac) RM200 (Apr – Dis) |
| Isi Rumah Asas (Penerimaan setiap bulan) | RM100 (Apr – Dis) |
| Semua Isi Rumah (Penerimaan One-off) | RM100 (Ogos) |
- WARGA EMAS :
| KELAYAKAN & CARA PENERIMAAN | HAD BANTUAN SARA |
|---|---|
| Warga Emas Miskin (Penerimaan setiap bulan) | RM100 (Jan – Mac) RM150 (Apr – Dis) |
| Warga Emas Asas (Penerimaan setiap bulan) | RM50 (Apr – Dis) |
| Semua Warga Emas (Penerimaan One-off) | RM100 (Ogos) |
- BUJANG :
| KELAYAKAN & CARA PENERIMAAN | HAD BANTUAN SARA |
|---|---|
| Bujang Miskin (Penerimaan setiap bulan) | RM50 (Jan – Dis) |
| Bujang Asas (Penerimaan setiap bulan) | – |
| Semua Bujang (Penerimaan One-off) | RM100 (Ogos) |
CARA SEMAK BAKI DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Penerima yang telah menggunakan Bantuan SARA boleh mengetahui baki duit yang ada dalam MyKad dengan membuat semakan secara online seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN & BAKI].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan baki duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT BANTUAN SARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]