TARIKH AKHIR TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT TEMPOH MYKASIH ANDA
Rugi jika Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC tidak digunakan sepenuhnya kerana baki duit tersebut akan ditarik dari IC dan tidak boleh digunakan lagi. Namun duit tersebut akan diberikan kepada rakyat yang lebih layak pada pelaksanaan baharu.
Bilakah tarikh akhir tebus duit Bantuan SARA dalam IC? Semak maklumat lebih lanjut di bawah.
TARIKH AKHIR TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC boleh ditebus pada bila-bila masa sahaja. Namun, ianya mempunyai tarikh luput yang ditetapkan oleh Kerajaan. Oleh itu, semua penerima perlu tebus duit Bantuan SARA sebelum tarikh akhir berikut :
🗓️ 31 Disember 2025 (Rabu).
*Kegagalan menebus Bantuan SARA sebelum tarikh di atas, duit tersebut akan ditarik dari IC dan tidak boleh digunakan lagi.
CARA TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Bagi yang belum tebus duit Bantuan SARA dalam IC, ikuti cara tebus yang lengkap di bawah :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan IC dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SENARAI BARANG BOLEH TEBUS GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC
Antara barang-barang yang boleh tebus dengan menggunakan duit Bantuan SARA dalam IC adalah termasuk :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri :
- Colgate / Dettol / Kotex dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.
- Keperluan asas bayi :
- Lampin pakai buang seperti Molfix, Drypers, dan sebagainya.
CARA SEMAK BAKI DUIT BANTUAN SARA DALAM IC
Baki duit Bantuan SARA yang masih ada dalam IC boleh disemak secara atas talian (online) melalui aplikasi mudah alih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Baki duit Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 15/1/2025 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
| Baki (RM) | 200.00 |
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]