TARIKH AKHIR BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : SEMAK TARIKH TAMAT MYKASIH SEGERA

TARIKH AKHIR BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : SEMAK TARIKH TAMAT MYKASIH SEGERA

Seramai 22 juta rakyat Malaysia yang menerima duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC, diingatkan supaya menghabiskan baki yang ada sebelum tarikh akhir. Jika masih mempunyai lebihan baki, ianya akan dilupuskan dan tidak lagi boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas.

Bagaimanakah cara semak tarikh akhir boleh guna duit Bantuan SARA dalam IC? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : PENDAFTARAN EKASIH ONLINE 2026 : CARA MOHON BANTUAN BULANAN SARA MYKASIH UNTUK KATEGORI MISKIN TEGAR

TARIKH AKHIR BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025

Semua penerima Miskin, Miskin Tegar dan Asas Bukan Miskin boleh menggunakan duit Bantuan SARA dalam IC sehingga tarikh akhir seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH AKHIR BOLEH
DUIT BANTUAN SARA
Penerima Miskin & Miskin Tegar31/12/2025 (Rabu)
Penerima Asas Bukan Miskin31/12/2025 (Rabu)
*Termasuk tambahan One-Off boleh digunakan sehingga 31/12/2025.

TARIKH DUIT BANTUAN SARA DIKREDITKAN DALAM IC 2025

Bantuan SARA dikreditkan dalam IC penerima yang layak untuk tahun 2025 adalah mengikut tarikh seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BANTUAN SARA
DIKREDITKAN DALAM IC
Penerima Miskin & Miskin Tegar15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Penerima Asas Bukan Miskin01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
*Tambahan One-Off dikreditkan pada 31/08/2025.

TIPS GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025

Penerima yang layak serta masih mempunyai baki Bantuan SARA dalam IC boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan mengikut tips penggunaan seperti berikut :

  1. Sila bawa IC ke kedai runcit / pasar raya yang terpilih SARA berdekatan anda.
  2. Pilih barang keperluan asas yang mempunyai label ‘Sumbangan Asas Rahmah (SARA)’.
  3. Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran SARA MyKasih.
  4. Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan status penerima dan baki dalam IC.
  5. Kemudian, setiap barang yang dipilih akan diimbas oleh juruwang mengikut label SARA.
  6. Juruwang akan sahkan bayaran dengan menggunakan IC penerima.
  7. Jika pembelian melebihi baki dalam IC, penerima perlu membayar secara tunai.
  8. Resit dan IC akan diberikan kepada penerima.

JUMLAH DUIT BANTUAN SARA DIKREDITKAN DALAM IC 2025

Berikut adalah jumlah duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC setiap penerima yang layak :

  • Jumlah Bantuan SARA Untuk Penerima Miskin & Miskin Tegar :
ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
RM100 – RM200
setiap bulan
(RM2,100 setahun)
RM100 – RM150
setiap bulan
(RM1,650 setahun)
RM50
setiap bulan
(RM600 setahun)
*Tambahan One-Off sebanyak RM100 setiap kategori.
  • Jumlah Bantuan SARA Untuk Penerima Asas Bukan Miskin :
ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
RM100
setiap bulan
(RM900 setahun)
RM50
setiap bulan
(RM450 setahun)
*Tambahan One-Off sebanyak RM100 setiap kategori (termasuk bujang).

SEMAK BAKI DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025

Bagaimanapun baki duit Bantuan SARA yang masih ada dalam IC boleh disemak secara online mengikut panduan berikut :

  1. Sila layari laman sesawang Portal MyKasih yang rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama Portal MyKasih, sila layarkan skrin sedikit ke bawah.
  3. Kemudian, terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor IC tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
  6. Tunggu pengesahan Verifikasi.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan dan baki duit Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment