SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 1 2026

SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 1 2026

Rakyat Sabah yang tersenarai dalam rekod data eKasih atau PADANS akan secara automatik layak menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah. Manakala yang tidak tersenarai, namun mengemukakan permohonan serta memenuhi kelayakan juga akan menerima bayaran Fasa 1 2026.

Bagaimanakah semakan status bayaran SYUKUR Sabah Fasa 1? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS STR FASA 2 2026 : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

MANFAAT BANTUAN SYUKUR SABAH

Antara manfaat yang dapat daripada pelaksanaan Bantuan SYUKUR Sabah adalah dapat :

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
  • Sebagai tanda keperihatinan dan kasih sayang Kerajaan Sabah kepada rakyatnya.

JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026

Setiap penerima ketua isi rumah atau ahli isi rumah yang layak akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 1 sebanyak jumlah berikut :

PERINGKAT
FASA 1
(BULAN)
JUMLAH BAYARAN
JanuariRM200
FebruariRM200
MacRM200
= RM600
(keseluruhan bayaran Fasa 1)

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026

Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 1 kepada penerima yang layak adalah pada tarikh :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 1Februari – Mac 2026
*Tarikh bayaran Bantuan SYUKUR Sabah dimaklumkan kepada penerima yang layak dari semasa ke semasa.

CARA BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026

Berikut merupakan cara bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 1 yang disediakan mengikut jenis penerima :

CARA BAYARANJENIS PENERIMA
Tunai di bank atau
di pusat-pusat pemberian
yang ditetapkan oleh
Kerajaan
Tiada akaun bank
Pengkreditan terus
ke dalam akaun bank
penerima
Ada akaun bank

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH FASA 1 2026

Ikuti cara semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 1 di bawah :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  5. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  6. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  7. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  8. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  9. ⁠Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau info lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel tertera di bawah :

  • Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment