SYUKUR SABAH FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SABAH RM900
Hampir 100,000 ribu rakyat di Negeri Sabah yang merupakan pendudukan dan yang bermastautin melebihi satu (1) tahun telah disahkan ‘Layak’ untuk menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah dengan jumlah sebanyak RM900 pada setiap fasa termasuk Fasa 4.
Bagaimanakah semakan status Syukur Sabah Fasa 4? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELULUSAN STR 2026 : SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
APA ITU SYUKUR SABAH?
SYUKUR Sabah atau rasminya Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan kepada 100,000 ribu rakyat di Negeri Sabah.
Antara sebab utama pemberian Bantuan SYUKUR Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; dan
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
CARA PEMBAYARAN SYUKUR SABAH 2025
Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) cara pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah bagi memudahkan rakyat untuk menerima dan menggunakan bantuan secara tunai mahupun tanpa tunai (cashless). Berikut merupakan tiga (3) cara pembayaran :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima;
- Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank;
- Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.
TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025
Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah untuk Fasa 1, 2 dan 3 telah selesai dilaksanakan pada bulan Februari, Mei dan Ogos 2025. Kini, bayaran untuk Fasa 4 akan dilaksanakan mengikut pada tarikh berikut :
- Tarikh Bayaran Fasa 4 : Oktober – November 2025.
*Setiap penerima yang layak akan menerima notifikasi tarikh bayaran SYUKUR Sabah.
JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH
Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah pada setiap bulan adalah sebanyak RM300, namun digabungkan dan diberikan sekaligus setiap 3 bulan sekali. Jumlah Bantuan untuk Fasa 1, 2, 3dan 4 dibayar dengan jumlah yang sama kepada setiap penerima iaitu sebanyak berikut :
- Fasa 1 : RM900 / setiap penerima.
- Fasa 2 : RM900 / setiap penerima.
- Fasa 3 : RM900 / setiap penerima.
- Fasa 4 : RM900 / setiap penerima.
SEMAKAN STATUS BANTUAN SYUKUR SABAH
Untuk mengetahui status kelayakan sama ada ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ terima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 4, sila ikuti cara semakan status secara online seperti berikut :
- Layari laman web rasmi SYUKUR Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Halaman utama laman web rasmi PADANS akan dipaparkan.
- Untuk semakan status, klik butang [Semak].
- Klik butang [Teruskan] pada pop-up yang muncul.
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
- Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*NOTA : Sekiranya disahkan ‘LAYAK’, Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
INFO LANJUT SYUKUR SABAH
Kesemua informasi dalam artikel adalah dirujuk dari sumber yang sahih iaitu melalui Portal Rasmi PADANS berkaitan bayaran Bantuan SYUKUR Sabah. Kami hanya kongsikan maklumat untuk memudahkan carian, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ingin mengetahui info lebih lanjut, sila rujuk :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]