SYUKUR SABAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYUKUR SABAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Bagi mengurangkan kadar kemiskinan tegar dan meringankan beban kewangan golongan B40, Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan menyalurkan bantuan khas secara tunai kepada golongan eKasih di Negeri Sabah.

Bagaimanakah semakan status kelayakan syukur sabah fasa 2 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BILA MASUK BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH FASA 2

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  1. Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
    • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
    • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  3. Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

AMAUN PENYALURAN SYUKUR SABAH 2025

Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

FASA JADUALPEMBAYARANAMAUN BANTUAN
1Januari – MacRM 900
2April – JunRM 900
3Julai – SeptemberRM 900
4Oktober – DisemberRM 900

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR) : https://sukur.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
  3. Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan
  5. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  6. ⁠Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
  7. Sekiranya disahkan ‘Layak’, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  8. Selesai.

CARA PENYALURAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMACARA PENYALURAN
Penerima yang Mempunyai Bank AkaunPengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Tiada Akaun Bank atau
Status ‘Gagal Kredit’
Bantuan akan diberikan secara tunai
Mempunyai akaun e-Wallet YONO SuperappBayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment