SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS ANDA SEGERA
Terkini! Berdasarkan pembentangan belanjawan 2026, rakyat Malaysia sekali lagi bakal menerima bantuan SARA secara one-off yang akan diberikan sebagai persiapan sambutan bulan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina tahun 2026.
Apakah syarat kelayakan penerima sara one off 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BILA TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025 : SEMAK SEGERA STATUS PEMBAYARAN ANDA
APA ITU SARA ONE OFF 2026?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off (sekaligus) sebanyak RM100 akan dilaksanakan pada tahun sebagai persiapan sambutan bulan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina.
Pelaksanaan bantuan adalah seperti berikut :
- Dilaksanakan di bawah Program SARA;
- Disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
- Boleh digunakan untuk berbelanja barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai berdaftar SARA.
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 2026
Syarat kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 seperti berikut :
- Semua Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun dan ke atas.
PELAKSANAAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
Penerima STR & Berstatus eKasih
- Kategori Isi Rumah : RM2,400 (RM200 Sebulan)
- Kategori Bujang : RM1,200 (RM100 Sebulan)
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,800 (RM150 Sebulan)
Penerima STR Sahaja (Bukan eKasih)
- Kategori Isi Rumah : RM1,200 (RM100 Sebulan)
- Kategori Bujang : RM600 (RM50 Sebulan)
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan : RM600 (RM50 Sebulan)
SARA ONE-OFF
- Penerima STR & Bukan STR;
- Semua Rakyat Malaysia 18 tahun ke atas : RM100 (Februari 2026)
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA ONE OFF 2026
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah ONE-OFF.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula (SARA ONE-OFF): Pertengahan Februari 2026
- Tarikh Program Berakhir (Tarikh Luput Kredit) : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (mengikut kelayakan penerima)
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
KELAYAKAN KEGUNAAN SARA ONE OFF 2026
Penerima SARA ONE-OFF akan menerima kredit RM100 melalui MyKad (Kad Pengenalan), dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
PANDUAN MEMBELI DENGAN SARA ONE OFF 2026
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :
- Pasar raya besar (Contoh : Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
- Pasar raya mini (Contoh : 99 Speedmart);
- Kedai Runcit;
Senarai penuh kedai yang berdaftar di bawah Program SARA, boleh di rujuk di Portal Rasmi SARA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]