SUMBANGAN SARA UNTUK SEMUA 2025 : (RM100 ONE OFF) SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

SUMBANGAN SARA UNTUK SEMUA 2025 : (RM100 ONE OFF) SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos, kerajaan telah mengumumkan bantuan secara one-off sebanyak RM100 kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira pendapatan penerima.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima bantuan 100 mykad one off? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: RM100 ONE OFF DALAM MYKAD : 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

PENGENALAN SUMBANGAN SARA UNTUK SEMUA

Kerajaan telah mengumumkan satu bantuan secara one-off (sekali bayaran) yang dilaksanakan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan memanfaatkan hampir 22 juta rakyat Malaysia.

Sebanyak RM100 akan diberikan kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan, sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

CARA PELAKSANAAN SUMBANGAN SARA UNTUK SEMUA

Bantuan SARA one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 akan disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Negara dengan menggunakan MyKad.

Bantuan one-off (sekali bayaran) RM100 akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima tanpa sebarang permohonan diperlukan.

TARIKH PELAKSANAAN SUMBANGAN SARA UNTUK SEMUA

Pembayaran bantuan RM100 SARA one-off (sekali bayaran) akan disalurkan seperti berikut:

  • Tarikh Bayaran : 31 Ogos 2025 (Ahad)
  • Tempoh sah : 31 Ogos 2025 (Ahad) sehingga 31 Disember 2025 (Rabu)

Bantuan RM100 ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja oleh penerima bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.

CARA GUNA KREDIT SUMBANGAN SARA

Penerima boleh menggunakan kredit SARA one-off untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN SARA

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semak di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semak di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment