SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Hasil daripada penyasaran subsidi dan kerja keras kerajaan dapat disalurkan kepada 5.4 juta rakyat dewasa Malaysia yang benar-benar layak melalui sebuah bantuan bersasar iaitu Sumbangan Asas Rahmah dengan nilai bantuan yang berbeza mengikut kelayakan setiap kategori.

Bagaimanakah semak status kelayakan sama ada layak atau tidak Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH 100 : SEMAKAN STATUS  KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

    JUMLAH PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

    Dari semasa ke semasa, jumlah penerima Sumbangan Asas Rahmah bertambah seperti berikut :

    • 2023 : 0.2 juta penerima;
    • 2024 : 0.7 juta penerima;
    • 2025 : 5.7 juta penerima.

    *Penerima Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang yang terdiri daripada golongan miskin, miskin tegar dan asas bukan miskin.

    NILAI SUMBANGAN ASAS RAHMAH DISALURKAN 2025

    Setiap kategori akan menerima nilai Sumbangan Asas Rahmah yang berbeza seperti berikut :

    • Kategori Isi Rumah :
      • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM2,100/setahun.
      • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM900/setahun.
    • Kategori Bujang :
      • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM600/setahun.
    • Kategori Warga Emas :
      • Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM1,650/setahun.
      • Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM450/setahun.

    KAEDAH PENYALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

    Pendekatan terbaru kerajaan, iaitu menyelaraskan kaedah penyaluran Sumbangan Asas Rahmah kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan seperti berikut :

    • Bantuan Sumbangan Asas Rahmah disalurkan kepada penerima secara ansur setiap bulan melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (KP) penerima.

    TARIKH PENYALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

    Sumbangan Asas Rahmah disalurkan setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :

    • Penyaluran Sesi Pertama (1) :
      • 15/01/2025 (Rabu)
      • 01/02/2025 (Sabtu)
      • 01/03/2025 (Sabtu)
    • Penyaluran Sesi Kedua (2) :
      • 01/04/2025 (Selasa)
      • 01/05/2025 (Khamis)
      • 01/06/2025 (Ahad)
      • 01/07/2025 (Selasa)
      • 01/08/2025 (Jumaat)
      • 01/09/2025 (Isnin)
      • 01/10/2025 (Rabu)
      • 01/11/2025 (Sabtu)
      • 01/12/2025 (Isnin)

    SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

    Ketahui status anda layak atau tidak terima Sumbangan Asas Rahmah melalui semakan kelayakan berikut :

    1. Layari portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
    2. Pada halaman utama portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
    4. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan* tanpa sengkang (-) contoh : 950230115678.
    5. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
    6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
    7. Selesai.

    RUJUKAN

    Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

    • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

    PENAFIAN

    Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

    Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

    Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

    Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

    Leave a Comment