STR TAMBAHAN 2025 CEK KELAYAKAN : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)

STR TAMBAHAN 2025 CEK KELAYAKAN : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)

Mungkin dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja tidak mengcukupi untuk menampung kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Oleh itu, kerajaan menyediakan bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan sepanjang tahun 2025 kepada sebahagian penerima STR yang layak.

Bagaimanakah str tambahan cek kelayakan penerima? Ketahui penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET 200 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

AMAUN BAYARAN STR TAMBAHAN 2025

Amaun Bantuan STR dan Tambahan akan dibayar mengikut kelayakan setiap kategori seperti berikut :

  • Penerima STR Berstatus Miskin Tegar & Miskin eKasih :
    • Bagi penerima STR yang tersenarai dalam rekod data eKasih.
KATEGORI
PENERIMA
AMAUN BAYARAN
STR 2025
AMAUN BAYARAN
STR TAMBAHAN
Isi Rumah B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
+ RM2,100
Warga EmasRM600+ RM1,650
BujangRM600+ RM600
  • Penerima STR Berstatus Asas Bukan Miskin eKasih :
    • Bagi penerima STR yang tidak tersenarai dalam rekod data eKasih.
KATEGORI
PENERIMA
AMAUN BAYARAN
STR 2025
AMAUN BAYARAN
STR TAMBAHAN
Isi Rumah B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
+ RM900
Isi Rumah M400 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
+ RM900
Warga EmasRM600+ RM450
BujangRM600
*Nota : Amaun di atas akan dibayar secara ansur berperingkat.

JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN 2025

Pembayaran Bantuan Tambahan adalah secara ansur setiap bulan, tidak sama seperti pembayaran Bantuan STR yang secara berfasa. Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan Tambahan mengikut kelayakan penerima :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Miskin Tegar
dan Miskin eKasih
Bermula 15 Januari sehingga Disember 2025
(12 bulan)
Penerima Asas Bukan
Miskin
Bermula April sehingga Disember 2025
(9 bulan)

KAEDAH BAYARAN STR TAMBAHAN 2025

Kaedah pembayaran Bantuan STR dan tambahan adalah berbeza seperti berikut :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan; atau
    • Diberikan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank.
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan :
    • Dikreditkan setiap bulan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas.

JUMLAH PENERIMA STR TAMBAHAN 2025

Tidak semua penerima STR akan menerima tambahan, berikut merupakan jumlah penerima yang layak :

JENIS BANTUANJUMLAH PENERIMA LAYAK
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)8.3 juta penerima (fasa 1)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Tambahan
5.4 juta penerima
*Nota : Bagaimanapun jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan sentiasa bertambah seiring dengan permohonan baharu yang dibuka sepanjang tahun.

STR TAMBAHAN 2025 CEK KELAYAKAN

Berikut merupakan panduan cek kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tambahan (SARA) yang lengkap di pautan Portal Rasmi :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Status Bayaran STR dan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan STR / SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202025.pdf.

1 thought on “STR TAMBAHAN 2025 CEK KELAYAKAN : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)”

  1. Belum pernah memohon tambahan bantuan STR 2025
    Bilangan anak(tanggungan 4 termasuk isteri) 6 org.
    3 orang sudah berkerjaya.

    Reply

Leave a Comment