STR TAMBAHAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA 2026 & CARA MEMOHON (PANDUAN LENGKAP)

STR TAMBAHAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA 2026 & CARA MEMOHON (PANDUAN LENGKAP)

STR Tambahan merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah ( SARA), iaitu bantuan tunai tambahan yang diberikan kepada penerima STR yang layak untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih.  Bantuan ini khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40 yang telah disahkan dalam semakan STR tahunan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima str? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN EWALLET RM300 2026 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK & CARA REGISTER PERMOHONAN

SYARAT PENERIMA STR TAMBAHAN 2026

Inisiatif Bantuan STR Tambahan diberikan khas kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
  • Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000; atau
  • Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih.

KADAR BANTUAN TAMBAHAN STR 2026

Setiap penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (STR) akan terima Bantuan Tambahan dengan kadar bayaran yang berbeza mengikut kategori dan kadar pendapatan penerima yang ditetapkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAPendapatan Bawah Garis Kemiskinan (Daftar e-Kasih)Pendapatan RM2,500 Hingga RM5,000 (Bukan e-Kasih
ISI RUMAHRM200/bulan
RM2,400 setahun
RM100/bulan
RM1,200 setahun
WARGA EMASRM150/bulan
RM1,800 setahun
RM50/bulan
RM600 setahun
BUJANGRM100/bulan
RM1,200 setahun
RM50/bulan
RM600 setahun

CARA MEMOHON STR

Bagi pemohon baharu, cara mengemukakan permohonan adalah seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal STR Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Terus klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Kemudian, klik butang [Ya, Teruskan] bagi meneruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik butang [Semak].
  5. Maklumat seperti ‘Nama’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’ akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
    • *Jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN yang terdekat.
  6. Lengkapkan maklumat permohonan dan ruang yang bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Pilih status perkahwinan (Bujang / Kahwin / Kematian Pasangan / Cerai).
  8. Jika status perkahwinan adalah Kahwin, sila isi tarikh pernikahan.
  9. Masukkan nombor akaun bank yang masih aktif atas nama pemohon / pasangan (untuk penerimaan bayaran).
  10. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Halaman seterusnya [Maklumat Pasangan] – bagi yang status perkahwinan : berkahwin; atau
    • Halaman seterusnya [Maklumat Waris] – bagi yang status perkahwinan : bujang / cerai / kematian pasangan.
  11. Isikan maklumat pasangan dengan lengkap dan betul.
  12. Jika pemohon mempunyai anak, sila masukkan maklumat anak (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  13. Seterusnya, muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  14. Pilih [Jenis Dokumen Sokongan] untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
    • *Saiz dokumen mestilah kurang dari 3MB & jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  15. Klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  16. Masukkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan.
  17. Pemohon perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  18. Kemudian, klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  19. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan skrin adalah seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima kasih”.
  20. Selesai.

CARA SEMAK KELAYAKAN STR TAMBAHAN

Status kelayakan STR tamabahan boleh disemak melaluai Portal Rasmi STR seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal STR Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal STR Rasmi akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk] bagi yang telah berjaya mendaftar akaun baharu.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik butang [Semak].
  5. ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
  6. Jika kata kunci tersebut adalah betul, klik butang [Ya].
  7. Masukkan ‘Kata Laluan’ yang telah ditetapkan.
  8. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  9. Papan pemuka pemohon akan dipaparkan.
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Permohonan].
  11. Status penerima STR dan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Berdasarkan maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan Bantuan STR dan SARA, kami rujuk daripada Portal Rasmi STR untuk memudahkan carian orang awam. Oleh itu, untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak STR seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment